Latar Belakang

Merancang | Melaksana | Memantau

Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dan memantau program-program latihan Jabatan yang berbentuk kursus/latihan/bengkel/seminar/taklimat yang disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan ini.

Di samping merancang kursus/latihan/bengkel/seminar/taklimat anjuran Jabatan, Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan pegawai dan kakitangan yang perlu menghadiri kursus/latihan/bengkel/seminar/taklimat yang dianjurkan oleh agensi luar.

Objektif Kualiti Bahagian yang keempat telah dipinda daripada memastikan semua pegawai dan kakitangan mendapat peluang berkursus tujuh hari setahun kepada memastikan semua pegawai dan kakitangan mengikuti sekurang-kurangnya sehari kursus berbentuk Pendidikan Islam.

Pindaan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor kali ke – 14 bagi tahun 2016 dan juga merujuk kepada Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh pada 29 Februari 2016 dengan nombor rujukan JPA(1)1.175/4/1-1Klt.22(38) yang bertajuk Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.

Team

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN

NORHASLINDA BINTI ABD GHANI

NUR FARHANA BINTI M. ZAKARIA