BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN WEB

MAKLUMAT PROGRAM DAN OBJEKTIF LATIHAN

MAKLUMAT PROGRAM

  • Hari : Isnin hingga Rabu

  • Tarikh : 29 hingga 31 Mac 2021

  • Tempat : Bilik Latihan Berkomputer JAKESS

  • Nama Urusetia : Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

Puan Norhaslinda bitni Abd Ghani

  • Penceramah : Encik Muhammad Firdaus bin

Abdul Shukor

OBJEKTIF KURSUS

  • Memberi pendedahan kepada para pegawai Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan teknologi pembangunan aplikasi web; dan

  • Meningkatkan kompetensi dan melengkapkan para pegawai Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi berkaitan pengaturcaraan dan pembangunan aplikasi web.


SENARAI PESERTA

BAHAGIAN TEKNLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI,

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

  1. Encik Ahmad Zuhair bin A. Mubin

  2. Encik Mohd. Isham bin Ismail

  3. Encik Mohd Faris bin Mustazah

  4. Puan Rosliza binti Abd. Rashid

  5. Puan Suhada binti Surani

  6. Encik Mohd Syafiq bin Ahmad Tarmizi

  7. Encik Sufian Hanif bin Manan

  8. Encik Ahmad Syafiq bin Mohammad Shohib

  9. Puan Nor Shafarina binti Rosli

  10. Puan Norfazeela binti Mohd. Nor

  11. Encik Saharil bin Ali

JADUAL KURSUS

ANALISIS BORANG PENILAIAN PROGRAM

  • Berdasarkan data yang dikumpul, sebanyak 11 borang penilaian telah dihantar oleh peserta yang terdiri daripada 1 orang peserta adalah daripada Kumpulan Profesional manakala 10 orang peserta lagi adalah daripada Kumpulan Sokongan.

  • Kursus ini berada di tahap telah mencapai objektif dan boleh diteruskan kerana telah mencapai purata pencapaian keseluruhan objektif iaitu sebanyak 4.57.

  • Pengurusan Kursus/Latihan (Secara Keseluruhan) juga telah mencapai tahap Amat Memuaskan oleh kerana purata skor yang diperolehi iaitu sebanyak 4.18.

  • Bagi data untuk bahagian Penceramah pula, Encik Muhammad Firdaus bin Abdul Shukor telah mendapat purata skor sebanyak 4.56 bagi keseluruhan slot ceramah dan mengikut skala, penceramah ini telah mencapai tahap Pencapaian Memuaskan.

  • Modul pembelajaran bagi kursus ini pula telah mencapai tahap Diteruskan Tanpa Pindaan kerana skor purata keseluruhannya adalah 4.48.

  • Bagi Pencapaian/Faedah Kursus pula telah berjaya mengumpul purata sebanyak 4.61 yang mana menunjukkan ia Tidak Memerlukan Lanjutan Kursus.

KEKUATAN PROGRAM

  1. Team n Tech.

  2. Pegawai bahagian latihan yang sangat kompeten dan cemerlang.

  3. Menambah baik tahap kefahaman dan pengetahuan semua.

  4. Kertas Kerja.

  5. Program dalam talian.

  6. Menambahkan ilmu didada.

  7. Menambah pengetahuan untuk memberikan penerangan yang lebih jelas kepada pelanggan.

  8. Pengajar yang berpengalaman luas.


CADANGAN

  1. Haruslah diteruskan di masa akan datang;

  2. Diadakan kursus secara bersiri dalam tahun yang sama;

  3. Diadakan lebih kerap;

  4. Menambah lagi masa kursus dan ada hands on serta latihan.;

  5. Wajar diteruskan mengikut perkembangan semasa;

  6. Perbanyakkan bengkel tentang tatacara pengurusan/pengendalian kerja; dan

  7. Teruskan memilih penceramah yg bagus-bagus.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan analisa borang penilaian terhadap semua perkara serta komen dan cadangan peserta, didapati kursus ini amat bermanfaat kepada para peserta dalam membantu mereka untuk lebih memahami dalam membina dan menyenggara laman web Jabatan.

Disediakan oleh,

NORHASLINDA BINTI ABD GHANI

Pembantu Tadbir (P/O)

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh : 15 April 2021

Disemak oleh,


MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN

Ketua

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

tarikh: 15 April 2021

LAMPIRAN