Mesyuarat dan Bengkel Jawatankuasa Alih Bahasa Laman Web JAKESS

MAKLUMAT PROGRAM DAN OBJEKTIF LATIHAN

MAKLUMAT PROGRAM

  • Hari : Selasa hingga Khamis

  • Tarikh : 09 hingga 11 November 2021

  • Tempat : Geno Hotel, Subang Jaya

  • Urus Setia : Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

Puan Norhaslinda binti Abd Ghani

Puan Nur Farhana binti M. Zakaria

  • Fasilitator : Encik Ahmad Zuhair bin A. Mubin

Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mohtar

Puan Norliana binti Zaimon

Tuan Faizarul Nizam bin Azhari

OBJEKTIF KURSUS

  • Membantu para ahli jawatankuasa untuk memberikan tumpuan dalam gerak kerja menterjemah laman web rasmi JAKESS daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dan bahasa Arab; dan

  • Meningkatkan motivasi para peserta untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komited .


SENARAI PESERTA

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

  1. Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad

  2. Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

  3. Puan Rashidah binti Shafie @ Sapingi

  4. Puan Noralwani binti Waimin

  5. Puan Nur Zakina Elmy binti Ahmad Zaki

  6. Puan Siti Hajar binti Rosli

  7. Encik Mohd Syafiq bin Tarmizi

  8. Encik Sufian Hanif bin Manan

  9. Puan Norhaslinda binti Abd Ghani

  10. Puan Nur Farhana binti M. Zakaria

MRS PETALING

  1. Tuan Ali Najmi bin Noordin


MRS GOMBAK BARAT

  1. Tuan Abdul Hadi bin Umar


MRS HULU LANGAT

  1. Tuan Abdul Majid bin Abdul Rahman

  2. Tuan Mohd Syafiq bin Ibrahim


MRS KUALA SELANGOR

  1. Tuan Mohd Fakhrurrazi bin Mahammad


MRS KLANG

  1. Tuan Mohd Khairi bin Kamis

JADUAL KURSUS

09 November 2021

1430 - 1630:

  • Pendaftaran / Mesyuarat Pembukaan


2030 - 2230:

Break out Session 1

10 November 2021

0830 - 1030:

  • Break out Session 2


11.00 - 1300:

  • Break out Session 3


1430 - 1630:

  • Break out Session 4


2030 - 2230:

  • Pembentangan Kumpulan

11 November 2021

0830 - 1030:

  • Latihan dalam Kumpulan (Akrab 1)


11.00 - 1300:

  • Latihan dalam Kumpulan (Akrab 2)

CATATAN PROGRAM

  1. Terdapat seorang sahaja peserta yang tidak dapat menyertai mesyuarat dan bengkel ini sepanjang tiga (3) hari iaitu;

  • Tuan Mohd Hannan bin Jalil (perlu ada bersama isteri kerana sedang sarat mengandung.)

ANALISIS BORANG PENILAIAN PROGRAM

  • Berdasarkan data yang dikumpul, sebanyak 12 borang penilaian telah dihantar oleh peserta yang terdiri daripada 9 orang peserta adalah daripada Kumpulan Profesional manakala 4 orang peserta lagi adalah daripada Kumpulan Sokongan.

  • Kursus ini berada di tahap telah mencapai objektif dan boleh diteruskan kerana telah mencapai purata pencapaian keseluruhan objektif iaitu sebanyak 4.3.

  • Pengurusan Kursus/Latihan (Secara Keseluruhan) juga telah mencapai tahap Amat Memuaskan oleh kerana purata skor yang diperolehi iaitu sebanyak 4.9.

  • Bagi data untuk bahagian Penceramah/Fasilitator pula iaitu bagi Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mohtar, Tuan Faizarul Nizam bin Azhari dan Puan Norliana binti Zaimon telah mendapat purata skor sebanyak 4.8, manakala bagi Puan Rashidah binti Sarkom pula mendapat purat skor 4.6 bagi keseluruhan slot ceramah dan mengikut skala, kesemua fasilitator ini telah mencapai tahap Pencapaian Memuaskan.

  • Modul pembelajaran bagi kursus ini pula telah mencapai tahap Diteruskan Tanpa Pindaan kerana skor purata keseluruhannya adalah 4.9 .

  • Bagi Pencapaian/Faedah Kursus pula telah berjaya mengumpul purata sebanyak 4.6 yang mana menunjukkan ia Tidak Memerlukan Lanjutan Kursus.

KEKUATAN PROGRAM

  1. Pembinaan pasukan & motivasi;

  2. Mewujudkan hubungan yang rapat di antara kumpulan;

  3. Kerja berpasukan yang bagus;

  4. Memupuk kerjasama dan kebersamaan antara peserta; dan

  5. Mengeratkan hubungan sesama kakitangan dan meningkatkan semangat kerjasama.

  1. Kerjasama;

  2. Ukhuwah dan penerapan komunikasi yang berkesan;

  3. Mewujudkan hubungan yang lebih akrab di dalam sesebuah organisasi; dan

  4. Kebersamaan.

CADANGAN

  1. Perlu diteruskan pada masa akan datang;

  2. Penambahan aktiviti sukan dalam kumpulan;

  3. Program akan datang dilakukan di luar; dan

  4. Terbaik. Wajar diteruskan pada masa akan datang.

  1. Program ini sangat baik, memberi impak positif kepada peserta dan mengeratkan silaturrahim sesama peserta serta boleh ditambah baik dengan aktiviti yang dapat menambahkan ilmu komunikasi dan interpersonal peserta; dan

  2. Memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan kerja dalam kumpulan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, bengkel yang dianjurkan di luar premis pejabat dapat membantu para ahli jawatankuasa yang terlibat untuk memberikan lebih tumpuan ketika menyelesaikan gerak kerja alih bahasa laman web rasmi JAKESS.

Disediakan oleh,

NUR FARHANA BINTI M. ZAKARIA

Pembantu Tadbir (P/O)

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh : 23 November 2021

Disemak oleh,


MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN

Ketua

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

tarikh: 23 November 2021

LAMPIRAN