KURSUS PENINGKATAN DAN PEMERKASAAN KEMAHIRAN AUDITAN JURUAUDIT DALAM TAHUN 2022

MAKLUMAT PROGRAM DAN OBJEKTIF LATIHAN

MAKLUMAT PROGRAM

  • Hari : Isnin dan Rabu

  • Tarikh : 29 dan 30 Mac 2022

  • Tempat : Dewan Muktamar, Aras 2

  • Nama Urusetia : Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

Puan Nur Farhana binti M. Zakaria

Puan Masroha binti Duki

Puan Azira Idayu binti Saiman

  • Penceramah : Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar

Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mohtar

Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim

OBJEKTIF KURSUS

  • Meningkatkan kemahiran dan kefahaman para peserta kursus yang terdiri daripada Juruaudit Jabatan berkenaan dengan keperluan dan kehendak MS ISO 9001: 2015 dan MS ISO 1900:2014.


SENARAI PESERTA

JADUAL KURSUS

CATATAN PROGRAM

Terdapat tiga (3) orang peserta yang tidak dapat menyertai kursus ini sepanjang dua (2) hari tersebut:


  • Tuan Ali Najmi bin Noordin

  • Tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan telah mendapatkan sijil cuti sakit daripada klinik berkaitan.


  • Puan Noranizan binti Mohd Sufian

  • Tidak dapat hadir kerana keadaan anak yang tidak sihat.


  • Puan Nurul Nadia binti Tahad

  • Tidak dapat hadir kerana telah dijangkiti wabak Covid-19 dan telah mendapat arahan kuarantin diri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui sistem MySejahtera.

ANALISIS BORANG PENILAIAN PROGRAM

  • Berdasarkan data yang dikumpul, sebanyak 10 borang penilaian kursus telah dihantar oleh peserta.

  • 8 peserta adalah daripada Kumpulan Profesional manakala 2 peserta lagi adalah daripada Kumpulan Sokongan.

  • Kursus ini berada di tahap telah Mencapai Objektif dan Boleh Diteruskan kerana telah mencapai purata pencapaian keseluruhan objektif iaitu sebanyak 4.6.

  • Bagi data untuk bahagian Penceramah pula, Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar telah mendapat purata skor sebanyak 4.7 bagi keseluruhan slot ceramah manakala Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mohtar telah menerima skor 4.4 dan jika mengikut skala, penceramah-penceramah ini telah mencapai tahap Pencapaian Memuaskan.

  • Modul pembelajaran bagi kursus ini pula telah mencapai tahap Diteruskan Tanpa Pindaan kerana skor purata keseluruhannya adalah 4.7.

  • Dari segi Pencapaian/Faedah Program pula, kursus ini telah mengumpulkan skor sebanyak 4.7 yang mana indikasinya adalah tidak perlu lanjutan kursus/bengkel.

  • Pengurusan Kursus/Latihan (Secara Keseluruhan) juga telah mencapai tahap Amat Memuaskan oleh kerana purata skor yang diperolehi iaitu sebanyak 4.5.

KEKUATAN PROGRAM

  1. Latihan

  2. perkara yang perlu dikuasai

  3. penerangan Yang jelas dan mudah untuk difahami

  4. Penceramah yang berpengalaman dan tahu meringkaskan ilmu sesuai dengan kehendak peserta.

  5. Kekuatan program ini input yang di sampaikan oleh penceramah mudah difahami kepada juruaudit yang baru

  6. Memberikan penerangan dan pendedahan kepada peserta dengan baik bagi pemprosesan auditan yang akan dijalankan dengan lebih berkesan.

  7. Fasi yg bijak menyampaikan ceramah dlm bentuk mudah difahami

  8. Mudah difahami

  9. Pendekatan yg santai dan mudah difahami

  10. Tenaga pengajarnya

CADANGAN

  1. Bengkel di luar mts

  2. penceramah mesti best

  3. Diteruskan pada masa akan datang dengan penceramah Yang sama

  4. Kekalkan penceramah, buat di luar bangunan jakess agar menyegarkan minda peserta supaya lebih bersemangat untuk menambah ilmu baharu.

  5. Dibuat secara berkala mungkin setahun 3x dengan latihan amali yang bersesuaian bagi memantapkan lagi skill dan pengetahuan juruaudit baru

  6. Perlu diadakan setiap satu tahun sekali kepada peserta yang terlibat.

  7. kursus dipanjangkan kpd 3 hari

  8. Tiada cadangan

  9. Perlu latihan berkumpulan yg lebih bnyk

  10. Lebih banyak latihan dan program dibuat diluar

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan analisa borang penilaian terhadap semua perkara serta maklum balas dan cadangan peserta, kursus ini dapat membantu para peserta yang terdiri dalam kalangan Juruaudit jabatan untuk meningkatkan pemahaman skop auditan dan kemahiran auditan.

Disediakan oleh,

NUR FARHANA BINTI M. ZAKARIA

Pembantu Tadbir (P/O)

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh : 5 April 2022

Disemak oleh,


MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN

Ketua

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

tarikh: 5 April 2022

LAMPIRAN