KURSUS ASAS PENULISAN SURAT RASMI TAHUN 2021

MAKLUMAT PROGRAM DAN OBJEKTIF LATIHAN

MAKLUMAT PROGRAM

  • Hari : Jumaat

  • Tarikh : 16 April 2021

  • Tempat : Secara dalam talian (Google Meet)

  • Nama Urusetia : Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

Puan Nur Farhana binti M. Zakaria

  • Penceramah : Puan Hasnah binti Mohd Saleh

(Munsyi DBP)

OBJEKTIF KURSUS

  • Meningkatkan kemahiran penulisan surat rasmi para peserta berdasarkan teknik dan format serta pekeliling Dewan Bahasa dan Pustaka.


SENARAI PESERTA

Semua Warga Kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

JADUAL KURSUS

16 APRIL 2021

0800 - 0930:

  • Pendaftaran / Majlis Tazkirah Mingguan JAKESS


0930 - 1230:

  • Pengenalan kepada Penulisan Surat Rasmi

  • Format Penulisan Surat Rasmi

  • Gaya Bahasa Penulisan Surat Rasmi

  • Semakan Contoh Surat Rasmi

CATATAN PROGRAM

Kursus ini telah dijalankan secara dalam talian melalui medium aplikasi Google Meet bersesuaian dengan keadaan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

ANALISIS BORANG PENILAIAN PROGRAM

  • Berdasarkan data yang dikumpul, sebanyak 75 borang penilaian telah dihantar oleh peserta yang terdiri daripada 12 orang peserta adalah daripada Kumpulan Profesional manakala 63 orang peserta lagi adalah daripada Kumpulan Sokongan.

  • Kursus ini berada di tahap telah mencapai objektif dan boleh diteruskan kerana telah mencapai purata pencapaian keseluruhan objektif iaitu sebanyak 4.5.

  • Pengurusan Kursus/Latihan (Secara Keseluruhan) juga telah mencapai tahap Amat Memuaskan oleh kerana purata skor yang diperolehi iaitu sebanyak 4.4.

  • Bagi data untuk bahagian Penceramah pula, Puan Hasnah binti Mohd Saleh telah mendapat purata skor sebanyak 4.4 bagi keseluruhan slot ceramah dan mengikut skala, penceramah ini telah mencapai tahap Pencapaian Memuaskan.

  • Modul pembelajaran bagi kursus ini pula telah mencapai tahap Diteruskan Tanpa Pindaan kerana skor purata keseluruhannya adalah 4.5.

  • Bagi Pencapaian/Faedah Kursus pula telah berjaya mengumpul purata sebanyak 4.5 yang mana menunjukkan ia Tidak Memerlukan Lanjutan Kursus.

KEKUATAN PROGRAM

  1. Menambah ilmu;

  2. Format surat yang betul;

  3. Kekuatan cara penyampian penceramah;

  4. Menambahkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa;

  5. Penerangan yg jelas;

  6. Memberi kesan kepada kualiti kerja;

  7. Pembelajaran secara teori dan praktikal;

  8. Membantu dalam penyediaan surat rasmi yang sangat berkait rapat dengan tugasan harian kerja;

  9. Meningkatkan kualiti kerja;

  10. Penceramah & barisan urusetia ICT dan Bahagian Latihan;

  11. Pengaplikasian bahasa dan ayat yang sesuai dalam persuratan;

  12. Dapat menambahbaik dan memperbetulkan bahasa dan format kebiasaan yang biasa menulis surat rasmi mengikut format dan bahasa yang betul;

  13. Melibatkan tugasan seharian;

  14. Sangat bagus;

  15. Penceramah berpengalaman luas;

  16. Penceramah dan urus setia yang bersemangat; dan

  17. Melatih diri untuk lebih mendalami dan mengetahui tatacara penulisan surat rasmi.

  1. Bahan kursus;

  2. Pendedahan khusus dalam memahami dan mengenalpasti kesalahan yang menjadi amalan dan dilakukan dalam penulisan surat rasmi jabatan;

  3. Kerjasama;

  4. Memahami dan menambah pengetahuan;

  5. Penambahan baik dlm penyediaan surat-surat pejabat;

  6. Kaedah dan;

  7. Memberi kefahaman yang lebih jitu.

  8. Perkara asas yang perlu difahami serta kesalahan yang biasa berlaku berkaitan penulisan surat rasmi;

  9. Pengurusan & topik yang bersesuaian;

  10. Memberikan kefahaman yang jelas di dalam penulisan surat;

  11. Menambah ilmu;

  12. Penceramah berpengalaman dan adanya latihan

  13. Ilmu yang dipelajari terus diamalkan;

  14. Untuk kerjaya sendiri;

  15. Menambah pegetahuan;

  16. Menambah kemahiran dan pengetahuan sehingga menyediakan hasil penulisan yang betul ; dan

  17. Penambaikan dan pembetulan.

CADANGAN

  1. Haruslah diteruskan di masa akan datang;

  2. Fokuskan perincian mengikut pekeliling;

  3. Perkara yang dibetulkan oleh penceramah, lebih padu juga urusetia dapat kongsi sumber/punca kuasanya selepas habis program. Contoh rujukannya dari dalam kamus edisi ke berapa atau dari keputusan muzakarah dsb;

  4. Diadakan kursus secara bersiri dalam tahun yang sama;

  5. Diadakan lebih kerap;

  6. Menambah lagi masa kursus dan ada hands on serta latihan.;

  7. Wajar diteruskan mengikut perkembangan semasa;

  8. Perbanyakkan bengkel tentang tatacara pengurusan/pengendalian kerja; dan

  9. Teruskan memilih penceramah yg bagus-bagus.

  1. Harus diteruskan untuk akan datang;

  2. Wajar diteruskan program-program seperti ini;

  3. Boleh diteruskan;

  4. Boleh panggil penceramah yang sama untuk siri akan datang;

  5. Teruskan;

  6. Pelbagaikan penceramah untuk kursus ini;

  7. Perlu buat dua hari;

  8. Panjangkan tempoh kursus jadi dua hari sebolehnya;

  9. Lanjutkan tempoh kursus;

  10. Boleh dilanjutkan tempoh kursus;

  11. Teruskan; dan

  12. Memperbanyakkan kursus-kursus seperti ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian dan analisa borang penilaian terhadap semua perkara serta maklum balas dan cadangan peserta, kursus ini dapat membantu para peserta memperbaiki kualiti penyediaan surat rasmi Jabatan berdasarkan teknik dan garis panduan yang betul.

Disediakan oleh,

NUR FARHANA BINTI M. ZAKARIA

Pembantu Tadbir (P/O)

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh : 28 Mei 2021

Disemak oleh,


MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN

Ketua

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

tarikh: 28 Mei 2021

LAMPIRAN