Penilaian Keberkesanan Latihan

LAPORAN ANALISIS

BORANG PEMERHATIAN PENILAIAN

KEBERKESANAN KURSUS/LATIHAN

KURSUS PEMANTAPAN KERJAYA PEMANDU JABATAN SIRI 1 TAHUN 2021

(Modul Buku Log, Kad Touch ’N Go dan Buku Inden)

PENDAHULUAN

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi JAKESS sentiasa memikirkan untuk memberikan kursus-kursus yang berfaedah kepada semua warga Jabatan ini agar dapat melahirkan warga kerja yang cemerlang. Oleh itu, penilaian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kursus-kursus ini dapat memberi faedah dan implikasi kepada para peserta yang terlibat.


Oleh yang demikian, Borang Pemerhatian Penilaian Keberkesanan Kursus/ Latihan JAKESS (Lampiran 1) telah dihantar kepada Ketua Pejabat/ Unit/ Penyelia masing-masing untuk menilai prestasi peserta tersebut selepas pulang dari kursus.

PENCAPAIAN

Tahap Pencapaian 0% - 20%

Tiada peserta yang dinilai berada berada di bawah skala ”tidak berkesan / ulang kursus”.

Tahap Pencapaian 21% - 40%

Tiada peserta yang dinilai berada berada di bawah skala ”kurang berkesan”.

Tahap Pencapaian 41% - 74%

Tiada peserta yang dinilai berada di bawah skala ”berkesan”.

Tahap Pencapaian 75% - 100%

18 orang peserta yang dinilai mendapat markah antara 80% ke 100% yang mana ianya berada di bawah skala ”amat berkesan”.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya penilaian terhadap keberkesanan latihan yang diberikan kepada para peserta di tahap amat berkesan. Kursus ini dapat membantu mereka dalam kerja harian yang diarahkan oleh Jabatan.

Disediakan oleh,

NUR FARHANA BINTI M. ZAKARIA

Pembantu Tadbir (P/O)

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Tarikh : 23 November 2021

Disemak oleh,


MOHD TAUFIK NAIM BIN KAMARUDIN

Ketua

Bahagian Latihan, Inovasi dan Transformasi

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

tarikh: 23 November 2021

LAMPIRAN