APA ITU TAMPALAN?
Tampalan gigi adalah prosedur untuk membersihkan bahagian gigi yang rosak dan mengisinya dengan bahan tampalan khas.
Ia bertujuan untuk:
• menghentikan kerosakan gigi
• menutup lubang pada gigi
• memulihkan bentuk dan fungsi gigi
Bahan tampalan yang biasa digunakan termasuk:
• Composite (warna gigi) – lebih estetik dan natural
• Amalgam – lebih kuat dan tahan lama (kurang digunakan kini)
Rawatan ini biasanya dilakukan bagi kes karies (gigi berlubang) yang masih boleh diselamatkan.
SIAPA YANG PATUT BUAT TAMPALAN ?
• gigi berlubang (karies)
• gigi sensitif terhadap manis atau sejuk
• lubang kecil hingga sederhana pada gigi
• gigi yang mula rosak tetapi belum teruk
SIAPA YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI ?
• kerosakan gigi terlalu besar
• jangkitan telah sampai ke saraf gigi
• struktur gigi terlalu lemah
PROSES TAMPALAN GIGI ?
1. Pemeriksaan
Doktor gigi akan menilai tahap kerosakan gigi.
2. Pembersihan Kawasan Rosak
Bahagian gigi yang rosak akan dibuang.
3. Pengisian Tampalan
Bahan tampalan akan dimasukkan dan dibentuk mengikut struktur gigi.
4. Pengemasan & Penggilapan
Permukaan tampalan akan dikemaskan untuk keselesaan dan fungsi yang baik.
KELEBIHAN TAMPALAN GIGI?
✔ menghentikan kerosakan gigi daripada menjadi lebih teruk
✔ memulihkan fungsi mengunyah
✔ mengurangkan sensitiviti dan kesakitan
✔ mengekalkan gigi asli
✔ prosedur cepat dan minimal invasif
PENJAGAAN SELEPAS TAMPALAN ?
• memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
• menggunakan floss untuk membersihkan celah gigi
• menjaga kebersihan mulut secara konsisten
• elakkan menggigit makanan keras sejurus selepas rawatan
• berhati-hati jika masih kebas akibat anestesia
• elakkan tekanan berlebihan pada gigi yang ditampal
Sesetengah pesakit mungkin mengalami sedikit sensitiviti selepas rawatan, tetapi ia biasanya bersifat sementara.
TAMPALAN (FAQ)
Adakah tampalan sakit?
Prosedur ini biasanya tidak sakit kerana anestesia digunakan jika perlu.
Berapa lama tampalan boleh tahan?
Bergantung kepada jenis bahan dan penjagaan, biasanya beberapa tahun.
Adakah tampalan nampak seperti gigi asli?
Ya, tampalan composite direka untuk menyerupai warna gigi asli.
Bilakah perlu buat tampalan?
Sebaiknya seawal mungkin apabila terdapat tanda gigi berlubang.