APA ITU DENTURE?
Denture adalah gigi palsu yang direka khas untuk menggantikan gigi yang hilang dan boleh ditanggalkan oleh pesakit.
Ia membantu mengisi ruang kosong dalam mulut serta menyokong struktur wajah.
Jenis denture yang biasa digunakan:
• Partial denture – menggantikan beberapa batang gigi
• Full denture – menggantikan semua gigi
• Acrylic denture – pilihan lebih ekonomi
• Flexible denture – lebih selesa dan estetik
SIAPA YANG SESUAI PAKAI DENTURE
• kehilangan satu atau lebih gigi
• kehilangan semua gigi
• tidak sesuai untuk implant
• mencari pilihan yang lebih ekonomi
SIAPA YANG TIDAK SESUAI PAKAI DENTURE
• pesakit yang mahukan kestabilan seperti gigi asli
• masalah gusi yang belum dirawat
• kes yang lebih sesuai untuk implant atau bridge
PROSES RAWATAN DENTURE
1. Pemeriksaan Awal
Doktor gigi akan menilai keadaan gusi dan struktur mulut.
2. Pengambilan Acuan
Acuan diambil untuk menghasilkan denture yang sesuai.
3. Try-In (Percubaan)
Pesakit mencuba denture untuk memastikan keselesaan.
4. Pemasangan Denture
Denture siap dipasang dan disesuaikan.
5. Pelarasan
Penyesuaian dibuat untuk keselesaan optimum.
KELEBIHAN DENTURE
✔ menggantikan gigi yang hilang
✔ meningkatkan fungsi mengunyah
✔ memperbaiki penampilan wajah
✔ membantu pertuturan
✔ pilihan yang lebih ekonomi
PENJAGAAN DENTURE
• bersihkan denture setiap hari
• bilas selepas makan
• rendam dalam air apabila tidak digunakan
• menjaga kebersihan gusi
• elakkan menjatuhkan denture
• elakkan makanan terlalu keras pada awal penggunaan
• jangan gunakan air panas
DENTURE (FAQ)
Adakah denture selesa dipakai?
Pada awalnya mungkin terasa asing, tetapi akan menjadi lebih selesa dengan masa.
Bolehkah makan seperti biasa?
Ya, tetapi disarankan bermula dengan makanan lembut.
Perlu buka waktu tidur?
Ya, untuk memberi rehat kepada gusi.
Berapa lama denture boleh bertahan?
Dengan penjagaan yang baik, denture boleh bertahan beberapa tahun.