Dental crown adalah “sarung gigi” yang direka khas untuk menutup keseluruhan permukaan gigi yang rosak.
Ia berfungsi untuk mengembalikan bentuk, saiz, dan kekuatan gigi, serta melindungi gigi daripada kerosakan lanjut.
Rawatan ini biasanya digunakan untuk:
• gigi patah atau retak
• gigi yang telah menjalani rawatan akar (root canal)
• gigi lemah akibat tampalan besar
• gigi yang haus atau rosak teruk
• memperbaiki penampilan gigi (estetik)
Dengan pemasangan crown, gigi dapat berfungsi seperti biasa dan kelihatan lebih natural.
Terdapat beberapa jenis crown yang biasa digunakan, antaranya:
• Zirconia Crown – kuat, tahan lama dan sesuai untuk gigi belakang
• Emax Crown – lebih estetik dan natural, sesuai untuk gigi depan
• PFM (Porcelain Fused to Metal) – kombinasi kekuatan dan estetik
• Printed crown -
Rawatan ini sesuai untuk individu yang mengalami:
• gigi rosak atau patah
• gigi lemah dan mudah retak
• gigi selepas rawatan akar
• tampalan besar yang tidak lagi kuat
• gigi yang memerlukan pembaikan estetik
Doktor gigi akan menilai keadaan gigi untuk menentukan sama ada crown adalah pilihan terbaik.
Dalam sesetengah keadaan, rawatan crown mungkin tidak sesuai atau perlu ditangguhkan jika:
• struktur gigi tidak mencukupi untuk menyokong crown
• jangkitan gusi atau masalah periodontal yang belum dirawat
• kebersihan mulut yang tidak memuaskan
• kerosakan gigi terlalu teruk sehingga tidak boleh diselamatkan
Rawatan alternatif akan dicadangkan bergantung kepada keadaan pesakit.
Rawatan ini biasanya melibatkan beberapa langkah:
1. Pemeriksaan & Diagnosis
Doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi dan mengambil X-ray jika perlu.
2. Penyediaan Gigi
Gigi akan dibentuk untuk memberi ruang kepada crown.
3. Pengambilan Acuan / Scan
Acuan gigi diambil untuk menghasilkan crown yang sesuai dengan bentuk gigi pesakit.
4. Pemasangan Crown Sementara
Crown sementara dipasang untuk melindungi gigi sementara menunggu crown kekal siap.
5. Pemasangan Crown Kekal
Crown kekal akan dipasang dan disesuaikan untuk memastikan keselesaan dan fungsi yang optimum.
✔ melindungi gigi yang lemah daripada kerosakan lanjut
✔ memulihkan fungsi mengunyah dengan baik
✔ meningkatkan penampilan gigi secara natural
✔ memberikan kekuatan tambahan kepada gigi
✔ tahan lama dengan penjagaan yang betul
• memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
• menggunakan floss untuk membersihkan celah gigi
• mengekalkan kebersihan mulut yang baik
• hadir ke pemeriksaan berkala
• elakkan menggigit makanan keras seperti ais atau kacang
• elakkan tabiat menggigit objek keras (contoh: pen)
• berhati-hati dengan tekanan berlebihan pada gigi
Penjagaan yang baik membantu memastikan crown tahan lebih lama dan berfungsi dengan baik.
Adakah pemasangan crown sakit?
Prosedur ini biasanya tidak sakit kerana dilakukan dengan anestesia.
Berapa lama crown boleh bertahan?
Dengan penjagaan yang baik, crown boleh bertahan antara 5 hingga 15 tahun atau lebih.
Adakah crown nampak seperti gigi asli?
Ya, crown direka untuk menyerupai warna dan bentuk gigi asli.
Adakah perlu crown selepas root canal?
Dalam kebanyakan kes, crown disarankan untuk melindungi gigi selepas rawatan akar.