APA ITU VENEER?
Veneer adalah lapisan nipis yang dilekatkan pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki penampilan gigi.
Ia direka khas mengikut bentuk dan warna gigi pesakit bagi menghasilkan senyuman yang lebih seimbang dan menarik.
Veneer biasanya digunakan untuk:
• gigi kuning atau berubah warna
• gigi tidak sekata atau tidak simetri
• gigi retak atau haus
• ruang kecil antara gigi (gap)
• memperbaiki bentuk gigi
SIAPA YANG SESUAI UNTUK VENEER
• mahukan senyuman yang lebih cantik dan kemas
• mempunyai masalah estetik ringan hingga sederhana
• gigi dalam keadaan sihat
• tidak mempunyai masalah gusi yang serius
SIAPA YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI
• gigi rosak teruk atau lemah
• masalah gusi yang belum dirawat
• tabiat mengisar gigi (bruxism)
• struktur gigi tidak mencukupi
PROSES RAWATAN VENEER
1. Pemeriksaan & Konsultasi
Doktor gigi akan menilai keadaan gigi dan membincangkan hasil yang diingini.
2. Penyediaan Gigi
Lapisan nipis enamel mungkin dibuang untuk memberi ruang kepada veneer.
3. Pengambilan Acuan / Scan
Acuan diambil untuk menghasilkan veneer yang sesuai.
4. Pemasangan Veneer
Veneer dilekatkan pada gigi dan disesuaikan untuk hasil optimum.
KELEBIHAN RAWATAN VENEER
✔ memberikan senyuman yang lebih cantik dan sekata
✔ warna gigi lebih cerah dan konsisten
✔ hasil kelihatan natural
✔ perubahan estetik yang cepat
✔ meningkatkan keyakinan diri
PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN VENEER
• memberus gigi dua kali sehari
• menggunakan floss setiap hari
• menjaga kebersihan mulut dengan baik
• elakkan menggigit objek keras
• elakkan tabiat menggisar gigi
• berhati-hati dengan makanan yang terlalu keras
FAQ
Adakah veneer nampak natural?
Ya, veneer direka untuk menyerupai gigi asli dari segi warna dan bentuk.
Berapa lama veneer boleh bertahan?
Dengan penjagaan yang baik, veneer boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun atau lebih.
Adakah prosedur ini sakit?
Prosedur biasanya tidak sakit dan mungkin melibatkan sedikit ketidakselesaan sahaja.
Adakah veneer boleh putihkan gigi?
Veneer boleh memberikan warna gigi yang lebih cerah dan sekata.