APA ITU CLEAR ALIGNER ?
Clear aligner adalah satu siri pelindung lutsinar yang direka khas untuk menggerakkan gigi secara berperingkat ke posisi yang lebih ideal.
Setiap aligner dipakai untuk tempoh tertentu sebelum ditukar kepada set yang seterusnya.
Rawatan ini biasanya digunakan untuk:
• gigi tidak tersusun
• gigi berlapis ringan hingga sederhana
• ruang antara gigi (gap)
• pembetulan gigitan ringan
Clear aligner memberikan alternatif yang lebih estetik berbanding braces konvensional.
SIAPA YANG SESUAI UNTUK CLEAR ALIGNER
• ingin meluruskan gigi secara discreet
• mempunyai masalah susunan gigi ringan hingga sederhana
• mementingkan keselesaan dan estetik
• boleh memberi komitmen untuk memakai aligner mengikut arahan
SIAPA YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI
• masalah gigitan yang kompleks
• kes ortodontik yang memerlukan kawalan lebih ketat
• pesakit yang tidak konsisten memakai aligner
PROSES RAWATAN CLEAR ALIGNER
1. Pemeriksaan & Scan Digital
Scan 3D dilakukan untuk merancang pergerakan gigi.
2. Perancangan Rawatan
Pelan rawatan digital disediakan.
3. Penghasilan Aligner
Aligner khas dihasilkan mengikut pelan rawatan.
4. Pemakaian Aligner
Pesakit memakai aligner mengikut jadual yang ditetapkan.
5. Pemantauan Berkala
Doktor gigi akan memantau kemajuan rawatan.
KELEBIHAN CLEAR ALIGNER
✔ hampir tidak kelihatan
✔ boleh ditanggalkan semasa makan dan memberus gigi
✔ lebih selesa (tiada wayar atau bracket)
✔ memudahkan penjagaan kebersihan mulut
✔ sesuai untuk gaya hidup aktif
PENJAGAAN SEMASA RAWATAN
Penjagaan Harian
• memakai aligner sekurang-kurangnya 20–22 jam sehari
• membersihkan aligner secara berkala
• memberus gigi sebelum memakai semula aligner
• menjaga kebersihan mulut dengan baik
• jangan makan atau minum (kecuali air) semasa memakai aligner
• elakkan air panas yang boleh merosakkan aligner
• jangan skip pemakaian aligner
CLEAR ALIGNER (FAQ)
Adakah clear aligner berkesan?
Ya, untuk kes ringan hingga sederhana, ia sangat berkesan.
Adakah aligner selesa dipakai?
Ya, ia lebih selesa berbanding braces tradisional.
Berapa lama rawatan?
Bergantung kepada kes, biasanya beberapa bulan hingga setahun atau lebih.
Adakah perlu pakai sepanjang masa?
Ya, untuk hasil terbaik perlu dipakai 20–22 jam sehari.