APA ITU NIGHT GUARD ?
Night guard adalah pelindung gigi yang dipakai semasa tidur untuk mengelakkan geseran antara gigi atas dan bawah.
Ia biasanya digunakan untuk:
• tabiat mengisar gigi (bruxism)
• mengetap gigi semasa tidur
• sakit rahang (TMJ discomfort)
• kehausan gigi akibat tekanan
Alat ini direka khas mengikut bentuk gigi pesakit untuk memberikan keselesaan dan perlindungan yang maksimum.
SIAPA YANG SESUAI PAKAI NIGHT GUARD?
• masalah TMJ yang serius
• ketidakseimbangan gigitan yang memerlukan rawatan lain
• keadaan gigi atau gusi yang tidak stabil
PROSES MENDAPATKAN NIGHT GUARD
1. Pemeriksaan
Doktor gigi akan menilai keadaan gigi dan rahang.
2. Pengambilan Acuan / Scan
Acuan gigi diambil untuk menghasilkan guard yang sesuai.
3. Penghasilan Night Guard
Night guard dibuat khas mengikut bentuk gigi pesakit.
4. Pemasangan & Penyesuaian
Guard dipasang dan disesuaikan untuk keselesaan optimum.
KELEBIHAN NIGHT GUARD
✔ melindungi gigi daripada kehausan
✔ mengurangkan tekanan pada rahang
✔ membantu mengurangkan sakit kepala
✔ meningkatkan kualiti tidur
✔ mencegah kerosakan gigi jangka panjang
PENJAGAAN NIGHT GUARD
• bersihkan selepas setiap penggunaan
• bilas dengan air bersih
• simpan dalam bekas khas
• pastikan sentiasa kering
• elakkan air panas (boleh ubah bentuk)
• jangan menggigit terlalu kuat pada guard
• elakkan bahan kimia yang kuat
Penjagaan yang baik membantu memastikan night guard tahan lebih lama.
FAQ
Adakah night guard selesa dipakai?
Ya, kerana ia direka khas mengikut bentuk gigi pesakit.
Perlu pakai setiap malam?
Ya, untuk perlindungan yang konsisten.
Adakah ia sama seperti mouth guard sukan?
Tidak. Night guard direka untuk kegunaan semasa tidur, manakala mouth guard sukan untuk perlindungan semasa aktiviti fizikal.
Berapa lama boleh digunakan?
Bergantung kepada penggunaan, biasanya boleh bertahan lama dengan penjagaan yang baik.