Projek ini dilaksanakan berdasarkan jadual aktiviti yang telah dirancang dengan rapi dan teliti. Setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut urutan masa yang telah ditetapkan. Bermula dengan bergerak dari universiti ke Masjid Ar-Rahman, Kg Meleleh dan tiba di Masjid Ar-Rahman, Kg Melele. Setelah tiba di destinasi masjid tersebut pembahagian tugas dibahagikan kepada ahli kumpulan untuk membersihkan tandas dan kawasan solat. Setengah daripada ahli kumpulan ini pergi untuk menziarahi dan memberikan bantuan kepada penerima. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan penting untuk menjayakan program ini seperti mana yang telah dijadualkan.
Antara tugasan khusus yang dilaksanakan adalah pembersihan di Masjid Ar-Rahman, Kg Melele. Ahli kumpulan telah dibahagikan kepada beberapa tugas seperti membersihkan kawasan solat, membersihkan tandas, membersihkan kawasan wuduk perempuan dan kawasan wuduk lelaki. Pembersihan ini dilakukan adalah untuk memberikan keselesaan kepada para jemaah masjid. Selain itu, lawatan kebajikan turut dijalankan untuk memberi bantuan kepada penerima yang dijalankan oleh JKM.
ANTARA TUGASAN YANG DILAKUKAN
Antara tugas yang dilaksanakan :
1.Pembahagian Tugas Berdasarkan Kemahiran
Tugas dibahagikan mengikut kekuatan setiap ahli. Contohnya, setiap ahli dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peralatan pembersihan yang diperlukan, manakala ahli yang lebih berpengalaman dalam komunikasi menguruskan hubungan dengan pihak luar. Contohnya, setengah ahli diberi tugas untuk menziarahi dan memberikan bantuan kepada penerima yang memerlukan. Pembahagian tugas ini memastikan setiap ahli dapat memberikan sumbangan yang terbaik yang akan meningkatkan keberkesanan keseluruhan projek.
2.Pengurusan Tugas yang Teratur
Setiap tugas diuruskan dengan teliti, termasuk penetapan tempoh masa yang jelas dan perancangan langkah demi langkah untuk setiap aktiviti. Ini membantu mengelakkan sebarang kekeliruan atau pertindihan tugas. Pengurusan yang teratur memastikan setiap ahli tahu peranan mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka pada setiap peringkat projek. Dengan adanya sistem pengurusan yang jelas, setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan efisien.
3.Penyelarasan untuk Kelancaran Projek
Penyelarasan yang berkesan antara ahli kumpulan dan pihak berkepentingan adalah sangat penting untuk memastikan kelancaran projek. Contohnya, terdapat ahli yang memantau setiap tugas yang dilakukan mengikut apa yang dirancang dan Ini untuk memastikan bahawa semua ahli terlibat dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, komunikasi yang jelas dan terbuka antara semua ahli kumpulan juga memastikan tiada maklumat yang terlepas atau salah faham berlaku. Projek ini juga dijalankan selaras dengan apa yang dibincangkan dan tiada masalah yang timbul.
Secara keseluruhan, pembahagian tugas yang sesuai, pengurusan yang sistematik, dan penyelarasan yang berkesan memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar, mencapai objektif yang ditetapkan, dan mengatasi sebarang cabaran yang mungkin timbul sepanjang perjalanan projek.