CBL merujuk kepada Community-Based Learning. Ia merupakan satu pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti yang melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang memberi impak kepada masyarakat. Program Gotong-Royong merujuk kepada program yang melibatkan bekerja bersama-sama atau tolong menolong untuk melaksanakan tugasan seperti pembersihan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merujuk kepada saluran untuk menyampaikan maklumat dan membantu golongan tertentu seperti warga emas, kanak-kanak, dan individu kurang berkemampuan (OKU) dalam mendapatkan bantuan. Jadi, Program Gotong-Royong dan Kaunter JKM merupakan program yang dianjurkan oleh JKM daerah Kubang Pasu untuk melakukan aktiviti gotong-royong di Masjid Ar-Rahmah,Kampung Melele, Jitra. Kumpulan kita telah menyertai program ini sebagai projek CBL kita untuk memahami bagaimana CBL berkaitan dengan pentadbiran awam dan pengurusan.Â