KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Program CBL yang dijalankan ini dapat mengasah kemahiran kepimpinan dalam setiap individu yang terlibat. Hal ini kerana aktiviti kerjasama dengan komuniti ini mampu untuk kami memimpin pasukan, memberi arahan dengan jelas, membuat keputasan yang betul dan memberi motivasi bagi mencapai tujuan yang diinginkan. Projek CBL ini juga dapat membantu kita mempelajari bagaimana cara untuk menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dalam membentuk satu pasukan yang bagus supaya setiap projek yang dijalankan dapat terlaksana dengan jayanya. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang sangat penting dan percaya setiap ahli dalam kumpulan yang terlibat dalam projek ini akan memperoleh kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin.
Aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh kami ini dapat mengajar kami cara untuk bekerjasama dalam kumpulan dan juga dengan pihak yang lebih tinggi jawatan daripada kami iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Kubang Pasu. Sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong ini secara menyeluruh kami telah bersepakat untuk berkongsi tugas dan membahagikan secara sama rata dengan yang lain. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tutur berkolaborasi dengan kami bagi membersihkan kawasan masjid itu, gabungan antara kedua-dua belah pihak ini akan memperkuatkan lagi pengendalian tugas dengan cepat daripada bekerja sendirian. Dalam kerja berpasukan ini juga kami dapat menangani dan menyelesaikan masalah dengan baik serta efektif.
Sebelum melaksanakan program ini, kami telah melakukan beberapa sesi perbincangan terlebih dahulu mengenai tugasan yang akan dilakukan oleh setiap ahli kumpulan serta melakukan persediaan awal seperti pengangkutan, alat-alatan yang digunakan serta merancang tarikh dan masa yang sesuai. Kesemua ahli kumpulan memberikan maklum balas yang baik dan melaksanakan tugas yang diberi dengan bertanggungjawab. Kami juga merancang perjalanan ke lokasi tersebut pada pukul 7.30 pagi iaitu 2 jam awal daripada program tersebut berlangsung kerana kami ingin program ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Kesemua ahli kumpulan berjaya mengikuti jadual yang telah ditetapkan dan objektif kajian dapat dicapai sepanjang program ini berlangsung.
Setiap ahli kumpulan telah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan tugasan yang diberikan disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Setiap ahli kumpulan, saling membantu dan berkerjasama sepanjang projek ini berlangsung terutamanya dari segi pembahagian tugas. Kesemua ahli menanamkan sikap mengambil berat dan prihatin terhadap rakan sepasukan agar memastikan tiada ahli yang tertinggal sepanjang menjalankan projek ini. Kesemua ahli telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan termasuklah menepati masa dan pembahagian kerja dilakukan dengan baik.
Semasa menjalankan projek ini, kami berhadapan dengan masalah kekeliruan lokasi Masjid Kampung Melele, kami terpaksa berhentikan seorang penduduk di kawasan tersebut untuk bertanyakan tentang lokasi masjid lain yang terdekat. Hal ini menunjukkan kemampuan kami berkomunikasi dengan penduduk setempat untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi masjid lain di kawasan berdekatan.
Kepentingan Kemahiran
Kemahiran kepimpinan ini merujuk kepada seseorang yang boleh memimpin dan memberikan arahan dengan jelas kepada orang lain. Kemahiran ini penting dalam konteks pentadbiran awam adalah untuk menggalakkan pasukan bekerja dengan lebih baik dan mencapai tujuan bersama.
3. Kemahiran kerja berpasukan sangat penting dalam projek yang dilaksanakan ini kerana ianya boleh mempengaruhi kejayaan dan juga kelancaran projek CBL bukan itu sahaja ia juga meningkatkan hasil kerja dalam masa yang singkat. Oleh itu, kerja berpasukan ini juga dapat mendorong projek ke arah yang lebih kreatif dan efektif kerana ahli dalam kumpulan itu mempunyai pendapat atau idea yang berlainan.