Program gotong-royong di Masjid Ar-Rahmah, Kg Melele telah dilaksanakan dengan jayanya melalui perancangan dan pelaksanaan yang teratur. Aktiviti yang dirancang mengikut jadual bermula dengan perjalanan ke lokasi, diikuti pembahagian tugasan seperti membersihkan tandas, kawasan solat, dan wuduk. Walaupun wujudnya cabaran-cabaran seperti kekeliruan tempat tetapi akhirnya dapat diatasi dan diselesai dengan segera. Tugasan pembersihan dibahagikan berdasarkan kekuatan dan kemahiran ahli, memastikan setiap individu dapat memberikan sumbangan terbaik mereka. Ahli yang berpengalaman dalam komunikasi pula ditugaskan untuk berinteraksi dengan penerima bantuan semasa lawatan kebajikan bersama JKM.
Pengurusan projek yang sistematik memainkan peranan penting dalam memastikan semua aktiviti dilaksanakan dengan efisien. Tempoh masa dan langkah kerja ditetapkan dengan jelas, sementara komunikasi terbuka memastikan tiada kekeliruan atau salah faham. Pembersihan masjid berjaya meningkatkan keselesaan kepada para jemaah, dan bantuan yang disalurkan melalui lawatan kebajikan memberi manfaat kepada penerima.
Peserta (pelajar) memperoleh kemahiran utama seperti kepimpinan, kerja berpasukan, pengurusan, tanggungjawab, dan komunikasi. Kemahiran kepimpinan diasah melalui pengagihan tugas, membuat keputusan cepat, memberi motivasi dan membina kerjasama antara kumpulan dan pihak JKM. Kerja berpasukan pula diperkukuhkan melalui kerjasama dalam membersihkan masjid, menyelesaikan masalah secara kolektif dan pengagihan tugas yang efisien. Dalam aspek pengurusan, peserta belajar menetapkan jadual, menyediakan keperluan awal serta mengurus masa serta tugas dengan baik untuk memastikan kelancaran program. Nilai tanggungjawab diterapkan dengan pematuhan masa, saling membantu serta sikap prihatin terhadap rakan kumpulan. Kemahiran komunikasi turut diperoleh melalui interaksi dengan pihak luar seperti penduduk setempat dan JKM untuk mendapatkan maklumat serta memastikan koordinasi yang lancar. Semua kemahiran ini menyumbang kepada keberkesanan dan kejayaan projek.
Secara keseluruhan, projek ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan tanpa sebarang masalah besar. Ia dapat memberikan impak positif kepada komuniti setempat. Ia juga memperkukuhkan nilai kerja berpasukan, tanggungjawab sosial dan kemahiran pengurusan dalam kalangan ahli kumpulan.
Projek ini memperkayakan pemahaman kita tentang pentadbiran awam dan pengurusan melalui pengalaman merancang dan melaksanakan aktiviti bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia menunjukkan peranan penting agensi awam dalam menyelaras sumber dan menyampaikan bantuan kepada komuniti secara sistematik. Dari segi pengurusan, pengalaman membahagikan tugas, mengurus masa serta menyelaras aktiviti menekankan kepentingan komunikasi yang jelas dan hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan. Pendekatan kerja berpasukan juga menunjukkan bagaimana kolaborasi dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program. Projek ini memberi gambaran praktikal tentang pentadbiran awam sambil mengasah kemahiran pengurusan dan kolaborasi yang relevan.
Kita ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kerjasama yang amat berharga dalam menjayakan projek ini. Sokongan dan komitmen mereka dalam menyelaras aktiviti dan membantu dalam melaksanakan tugas-tugas kebajikan sangat dihargai. Keberkesanan projek ini tidak hanya memberi impak positif kepada komuniti, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara pelbagai pihak dalam memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan. Projek ini memberi manfaat besar kepada komuniti melalui program gotong-royong yang meningkatkan keselesaan serta kualiti kehidupan jemaah masjid. Selain itu, ia turut memberi impak positif kepada perkembangan peribadi kita dengan memperkaya kemahiran kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi, dan pengurusan yang amat penting untuk masa depan yang akan datang.