Tujuan program CBL ini termasuklah memupuk kesedaran sosial. Ini dikatakan demikian disebabkan oleh Program Gotong-Royong dan Kaunter JKM ini dapat menyedarkan pelajar dan komuniti tentang kepentingannya menjaga kebersihan dan memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, program ini dapat meningkatkan keberkesanan JKM. Pelaksaan program gotong-royong ini dapat memperkenalkan perkhidmatan JKM kepada komuniti yang mungkin kurang menyedari wujudnya bantuan yang boleh dimanfaatkan. Di samping itu, program ini dapat membentukkan peribadi dan kepimpinan. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, dan kerjasama dalam pengurusan projek komuniti.
Program ini berkait dengan pentadbiran awam dan pengurusan disebabkan oleh ia melibatkan pentadbiran awam. Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebahagian daripada institusi pentadbiran awam yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Selain itu, penglibatan kolaborasi antara sektor awam (JKM), komuniti, dan institusi pendidikan dapat mencerminkan kepentingan kerja sama antara pelbagai pihak dalam pentadbiran awam. Di samping itu, program itu melibatkan penerapan nilai pentadbiran awam. Nilai seperti akauntabiliti, integriti, dan kecekapan dapat dilihat dalam usaha memastikan program memberi manfaat kepada masyarakat.
CBL dikatakan sebagai amalan pendidikan berimpak tinggi kerana ia mampu menghasilkan kesan positif kepada pelajar dan komuniti. Kesan-kesan positif yang terdapat diterima oleh pelajar termasuklah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Selain itu, pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri sendiri. Di samping itu, pelajar dapat mengisi masa yang terluang dengan segala aktiviti yang bermanfaat. Kesan-kesan positif yang dapat diterima oleh komuniti termasuklah peningkatan tahap kebersihan kawasan setempat. Selain itu, komuniti dapat tersedar bahawa sumbangan atau kewujudan perkhidmatan JKM. Di samping itu, peningkatan hubugan antara pelajar, komuniti dan agensi (JKM).
Kepentingan pendekatan CBL dalam konteks membangunkan tanggungjawab sosial termasuklah dapat menyedari terhadap keperluan komuniti. Pelajar dapat menyedari cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setempat seperti masalah kebersihan. Pelajar juga dapat memainkan peranan aktif dalam menyelesaikan masalah komuniti dan meningkatkan kesejahteraan komuniti serta sentiasa bersedia untuk membantu. Selain itu, pendekatan CBL dalam konteks penyertaan sivik dapat dilihat dari aspek penglibatan pelajar dalam isu-isu awam. Contohnya, JKM memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami isu-isu seperti kekotoran kawasan perumahan dan ia dapat menggalakan pelajar menjadi orang yang lebih menjaga kebersihan di sekeliling kawasan. Pengukuhan hubungan antara pelajar dengan institusi awam seperti JKM diwujudkan dalam pendekatan CBL. Melalui kolaborasi dengan agensi seperti JKM, pelajar dapat memahami peranan agensi kerajaan dalam menyokong masyarakat dan cara mereka untuk menyumbangkan kepada komuniti atau kumpulan sasaran tertentu. Di samping itu, CBL membantu pelajar membina kemahiran yang berkaitan dengan pentadbiran awam. Ia dapat dilihatkan dari aspek pelajar menjalankan pengurusan program. Pelajar belajar untuk merancang aktiviti, mengurus masa, dan melaksanakan projek. Kerjasama dengan pihak kepentingan dapat dibelajari oleh pelajar. Ia dikatakan demikian kerana pelajar harus berkomunikasi dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan program CBL. Contohnya, pelajar perlu berinteraksi dengan JKM dan komuniti. Pengurusan sumber juga dapat dibelajari oleh pelajar. Ia boleh merujukkan kepada penggunaan sumber secara optimum. Contohnya, pelajar membahagikan peralatan gotong-royong, masa, dan dana dengan cekap supaya program gotong-royong dijalankan dengan lancar. Oleh itu, Program Gotong-Royong dan Kaunter JKM adalah contoh bagaimana CBL menjadi alat pendidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakat.