Pengenalan Latar Belakang Projek
Projek "Program Gotong Royong dan Kaunter Jkm" telah dipilih sebagai satu inisiatif untuk memberikan pendedahan awal dan pengalaman dunia sebenar kepada pelajar untuk memahami konsep dalam konteks pentadbiran dan pengurusan awam dengan lebih baik. Projek ini melibatkan aktiviti khidmat komuniti yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan agensi kerajaan dan komuniti tempatan melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain untuk mencapai objektif Community Based-Learning (CBL).