PENGENALAN
Poliklinik Optima Kota Putera ialah sebuah klinik perubatan am yang terletak di Gong Kepas, Besut.
Poliklinik Optima Kota Putera dimiliki oleh SOLIHINAINUN MEDICAL ENTERPRISE (202201036564) dan diuruskan oleh Dr. Mohd Solihin serta Dr. Ainun. Klinik ini telah memulakan operasinya pada Februari 2024.
Poliklinik Optima Kota Putera disokong oleh pengamal perubatan berpengalaman daripada pelbagai bidang perubatan serta dibantu oleh staf perubatan yang terlatih. Selain itu, klinik ini turut dilengkapi dengan peralatan perubatan moden dan canggih. Oleh itu, klinik sentiasa bersedia untuk menerima dan menangani masalah kesihatan umum masyarakat.
Kami akan berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui amalan-amalan budaya korporat sejajar dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia di samping mewujudkan suasana dan persekitaran yang sihat untuk mencapai status kesihatan yang lebih bermutu.
Matlamat kami adalah untuk menjadi sebuah institusi perubatan swasta yang mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang dan berterusn kepada seluruh lapisan masyarakat
NILAI TERAS KAMI
Prihatin (Caring) 💙
Kesihatan dan kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi keutamaan kami.
Profesional (Professionalism) 👩⚕️
Rawatan berasaskan ilmu, pengalaman dan etika perubatan yang tinggi.
Mesra (Compassionate Service) 😊
Memberi layanan mesra supaya setiap pesakit rasa dihargai & selesa.
Integriti (Integrity) 🤝
Telus dalam rawatan, jujur dalam komunikasi & amanah dalam tanggungjawab.
Kualiti (Excellence) 🌟
Sentiasa berusaha meningkatkan mutu rawatan dengan teknologi moden & pendekatan terbaik.
BARISAN DOKTOR
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Beliau telah berkhidmat selama 4.5 tahun di hospital kerajaan dan klinik kesihatan sebelum menceburi bidang perubatan di klinik swasta.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Beliau telah berkhidmat selama 4 tahun di hospital kerajaan dan klinik kesihatan sebelum menceburi bidang perubatan di klinik swasta.