Masalah sendi boleh berlaku di lutut, bahu, pinggul, siku atau pergelangan tangan. Ia biasanya disebabkan oleh faktor usia, berat badan berlebihan, kecederaan, atau penyakit seperti osteoarthritis dan gout.
Rawatan sendi secara umum meliputi:
-Ubat tahan sakit & anti-radang – untuk kurangkan sakit & bengkak.
-Fisioterapi / senaman – membantu kuatkan otot dan tingkatkan pergerakan.
-Suplemen sendi – contohnya glucosamine, chondroitin, kalsium & vitamin D.
-Suntikan intra-articular (joint injection) – ubat dimasukkan terus ke sendi untuk melegakan sakit berpanjangan.
-Gaya hidup sihat – kawalan berat badan, diet seimbang, aktiviti fizikal sesuai.
Rawatan dipilih bergantung kepada punca, tahap kesakitan dan keadaan kesihatan pesakit.