Di Poliklinik Optima Kota Putera, setiap pesakit lutut akan melalui pemeriksaan menyeluruh terlebih dahulu. Doktor akan menilai sejarah kesihatan, tahap kesakitan, pergerakan sendi serta melakukan pemeriksaan fizikal.
Rawatan yang diberikan bergantung pada tahap kesakitan dan keperluan pesakit. Bagi kes ringan, ubat tahan sakit, ubat anti-radang serta suplemen sendi akan diberikan. Pesakit juga akan diajar senaman fisioterapi ringan bagi menguatkan otot di sekitar lutut serta teknik yang betul untuk duduk, bangun dan berjalan.
Bagi pesakit yang mengalami sakit lutut sederhana hingga teruk, kami menawarkan suntikan intra-articular (injeksi lutut). Rawatan ini melibatkan suntikan ubat khas terus ke sendi lutut bagi mengurangkan sakit, bengkak, serta memperbaiki fungsi sendi.
Selain itu, kami juga memberi nasihat berkaitan gaya hidup sihat seperti kawalan berat badan, pemakanan seimbang, serta penggunaan alat sokongan seperti knee guard atau tongkat jika perlu. Rawatan yang diberikan adalah bersifat menyeluruh untuk mengurangkan kesakitan, meningkatkan pergerakan dan membantu pesakit mengelakkan prosedur pembedahan yang lebih besar dan mahal.
Osteoarthritis (haus rawan sendi lutut)
Kecederaan ligamen atau meniskus
Radang sendi (arthritis / gout)
Jangkitan sendi (septic arthritis)
Masalah patella (tulang lutut bergeser/tidak stabil)