Housecall ialah perkhidmatan rawatan di mana doktor atau jururawat datang terus ke rumah pesakit untuk memberikan rawatan perubatan. Ia sesuai untuk pesakit yang:
Sukar bergerak kerana sakit atau terlantar di rumah
Warga emas yang memerlukan pemeriksaan berkala
Pesakit selepas pembedahan yang perlukan rawatan susulan
Pesakit yang memerlukan rawatan segera tetapi tidak berupaya ke klinik
Perkhidmatan housecall membantu pesakit mendapat rawatan dengan lebih selesa, terutama mereka yang mempunyai keterbatasan untuk hadir ke klinik.
Pemeriksaan kesihatan umum (tekanan darah, gula, nadi, suhu)
Rawatan luka & dressing
Pemasangan atau penukaran tiub (feeding tube, urinary catheter)
Suntikan ubat / antibiotik
Pemeriksaan kesihatan asas untuk warga emas & pesakit kronik
Kaunseling & nasihat perubatan di rumah