Medical check-up ialah satu pemeriksaan kesihatan menyeluruh yang dilakukan oleh doktor untuk menilai tahap kesihatan seseorang, sama ada mereka mempunyai penyakit yang diketahui, berisiko menghidap penyakit, atau sekadar memastikan keadaan kesihatan berada dalam tahap yang baik.
Pengesanan awal – mengenal pasti penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi atau kanser pada peringkat awal sebelum timbul komplikasi.
Pencegahan – menilai faktor risiko (contohnya obesiti, sejarah keluarga, gaya hidup) dan memberi nasihat untuk mengelakkan penyakit.
Pemantauan – bagi individu yang sudah ada masalah kesihatan, check-up membantu memantau keberkesanan rawatan.
Kesesuaian kerja / pendidikan – syarat untuk kemasukan universiti, pekerjaan, atau insurans.
Sejarah kesihatan & pemeriksaan fizikal
Ujian Darah
Ujian Air Kencing
X ray Dada (Future)
ECG
Ujian Tambahan
(contoh: pap smear, mamogram, ultrasound, treadmill test).