Cuci luka (wound cleansing) dan dressing ialah prosedur rawatan luka untuk membersihkan kawasan luka, mencegah jangkitan, serta mempercepatkan proses penyembuhan. Ia dilakukan oleh pegawai perubatan atau jururawat terlatih menggunakan teknik aseptik.
Membersihkan luka – buang darah beku, nanah, tisu mati, atau kotoran. Mencegah jangkitan – gunakan antiseptik/ubat yang sesuai untuk elakkan bakteria. Mengurangkan kesakitan & bau luka.
Mempercepat penyembuhan dengan melindungi luka daripada trauma luar.
Memantau keadaan luka – doktor boleh nilai sama ada luka semakin baik atau sebaliknya.