SUMBER DIGITAL & PANDUAN AKSES
SUMBER DIGITAL & PANDUAN AKSES
Sumber digital merujuk kepada bahan maklumat dalam bentuk elektronik yang boleh diakses secara dalam talian. Antara sumber yang disediakan termasuk e-buku, e-jurnal, pangkalan data dalam talian, tesis digital, repositori institusi serta koleksi multimedia.
Sumber ini menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dengan menyediakan maklumat terkini, sahih dan mudah dicapai pada bila-bila masa.
Sumber digital amat penting dalam era moden bagi memudahkan akses kepada maklumat yang disimpan dan dirujuk oleh generasi masa kini dan akan datang.