MENGENAI PERPUSTAKAAN
PENGENALAN
Perpustakaan merupakan gedung ilmu utama bagi seluruh warga LTA@KKLK. Perpustakaan berperanan sebagai Pusat Rujukan Maklumat dalam memperkasakan lagi azamnya untuk menjadikan LTA@KKLK cemerlang dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikannya. Beroperasi pada tahun 2008, perpustakaan ini berupaya menampung hampir 100 orang pengguna pada satu-satu masa serta memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien kepada warganya.
Kini, koleksi perpustakaan mencecah lebih 3,000 dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Sebagai pusat kecemerlangan akademik, Perpustakaan LTA@KKLK akan sentiasa berusaha meningkatkan serta memperkasakan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti demi kepuasan pengguna.
VISI
Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik, dan mesra pelanggan.
MISI
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.
OBJEKTIF
Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia, dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti, dan terkini dalam semua program anjuran Kolej Komuniti.
Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu.
Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
FALSAFAH
Prasarana berilmu sejajar teknologi terkini.
DASAR PERPUSTAKAAN
Perpustakaan LTA@KKLK adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi, dan objektif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Memantapkan tenaga kerja perpustakaan yang kompeten dan berdaya maju.
Memastikan keperluan dan kehendak pelanggan dipenuhi.
Menyediakan koleksi dan perkhidmatan yang berkualiti.
Mendukung proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan visi, misi, dan objektif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
PIAGAM PELANGGAN
Kami beriltizam dan berjanji akan:
Memberi perkhidmatan peminjaman, pemulangan, dan pembaharuan koleksi dalam tempoh satu (1) minit.
Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.
Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat, dan mesra untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali.
Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklum balas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.