"BERSATU TEGUH"
Rumah api, cerun bukit dan laut biru adalah identiti Kuala Selangor
Bentuk bulat melambangkan kesepaduan
Rumah api melambangkan perkhidmatan yang berterusan dan pandu arah yang membawa kejayaan.
Cerun bukit melambangkan peningkatan dalam segala usaha dan tindakan
Laut melambangkan keteguhan yang tiada bandingan
Bersatu Teguh adalah moto yang tepat untuk semua ahli koperasi
KOPPEND - BERSATU TEGUH
Koperasi Pendidikan Kuala Selangor
Aspirasi komuniti pendidikan
Bersatu hati menggenggam impian
Jana ekonomi jamin kebajikan
Mantapkan budaya kerja beretika
Majukan pembangunan koperasi kita
Cipta peluang capai keberhasilan
Raih kejayaan nan sama dirasa
Koppend “Bersatu Teguh”
Luaskan jaringan
Tingkatkan persaingan
Janakan keuntungan
Jalinkan muafakat kukuhkan ikatan
Jayakan visi ke puncak gemilang
Kecemerlangan koperasi kita
Tanggungjawab kita bersama
Koppend “Bersatu Teguh”
Luaskan jaringan
Tingkatkan persaingan
Janakan keuntungan
Membela warga pendidik berjasa
Koppend milik kita bersama.....
Senikata : Ahmad Sa'ari bin Muhammad
Melodi : Sharif Bin Md Din