27 OGOS 2026 - BEBERAPA ALK KOPPEND telah mengikuti Taklimat Baitulmal mengenai wasiat di pejabat Koppend, Tg. Karang. Taklimat ini disampaikan oleh Ustaz Hj Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah & Daerah Sektor Baitulmal, MAIS. Taklimat yang sangat berfaedah dan berpotensi memberi manfaat yang baik untuk anggota.
11-12/8/2026 - TN HJ KAMARULARIPIN BIN JAFFAR telah menghadiri kursus mengenai Pentaksiran Zakat Koperasi di Gold Coast Morib Resort. Selain kursus dalaman, beliau juga sempat mengikuti lawatan ke kedai dan penempatan nelayan yang menerima bantuan zakat. Alhamdulillah, Koppend sebagai koperasi patuh syariat turut menjelaskan zakat tahunan.
9/4/2026 - SESI AUDIT Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA oleh Ustaz Muhammad Arif. Audit ini bertujuan untuk melihat aktiviti pembiayaan yang dijalankan secara patuh Syariah.
24/2/2026 - SESI temu mesra profesional antara Koppend dengan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi SKM Cawangan Sabak Bernam/Kuala Selangor yang baharu, Pn Nur Syuhadah binti Mohd Zamri di Pejabat Koppend.
13/1/2026 - KOPPEND telah menghadiri Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor di Shah Alam Selangor. Koppend diwakili oleh Tn Hj Kamarularipin bin Jaffar, Pn Radziah binti Ismail dan Pn Nor Shuhada bt Che Daud.
SEMINAR ZAKAT di Semarak Padi Homestay, Sg Besar pada 8 Oktober 2025. Dihadiri oleh Hj Ahmad Saari bin Muhammad (Setiausaha) & Hj Samran bin Lakimin (Pengerusi Biro Pelaburan & Pengurusan Aset)
TAKLIMAT JEJAK (JOM JELAJAH KOPERASI) telah dijalankan di Pejabat Koppend, Tg. Karang pada 28 Ogos 2025. Disampaikan oleh Tn MMuhammad Anas bin Nasrudin (Penolong Pengarah SKM Cawangan Negeri Selangor Wilayah Sabak Bernam/Kuala selangor)
MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 KOPPEND telah dijalankan di Dewan Sementara, SAMK Seri Desa, Tg. karang pada 13 Jun 2025. Dirasmikan oleh Tn Zamzori bin Ariffin (Pengurus cawangan Coopbank Pertama Kuala Selangor)
SEBAHAGIAN anggota Koppend telah hadir mewakili Koppend dalam menyertai dan memeriahkan HARI KOPERASI NEGARA yang berlangsung di Melaka pada 27 Julai 2025 (Ahad). Tahniah kepada anggota yang dapat bersama-sama meraikan hari tersebut.
25 Februari 2025 (Selasa) - Koppend telah menghadiri Jom @ COOP di Hotel De Palma, Kuala Selangor. Jom @ COOP yang berkaitan pemerkasaan latihan koperasi ini dihadiri oleh Tn Hj Ahmad Saari bin Muhammad, Tn Hj Kamarularipin bin Jaffar, Pn Radziah bt Ismail, Pn Musirpah binti Kasmuri dan Pn Nor Aziah binti Zaini.
12-13 Februari 2025 - Koppend menghadiri Seminar Pemerkasaan Syariah dan Pembukaan Audit Pematuhan Syariah 2025 di Dorset Hotel, Putrajaya. Koppend menghantar Pn Nor Shuhada binti Che Daud sebagai wakil Koppend.
7 Disember 2024 - Koppend menghadiri Seminar Pemantapan Kewangan Islam 2024: Piawaian Syariah dalam Operasi Tawarruq dan Parameter Pembiyaan Islam. Koppend menghantar Pn Radziah binti Ismail dan Pn Nor Aziah binti Zaini sebagai wakil Koppend.
16 Disember 2024 (Isnin) - Koppend menghadiri Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC) bagi menghargai 50 koperasi terbaik di Negeri Selangor. Koppend menduduki tempat yang ke-29 koperasi terbaik di Selangor pada tahun 2023. Koppend diwakili oleh Pn Radziah binti Ismail, Tn Hj Shahril Azman bin Kasim, Tn Hj Kamarularipin bin Jaffar dan Pn Nor Azah binti M. Nasirudin. Tahniah Koppend.
13 November 2024 (Rabu) - Tn Hj Ahmad Saari bin Muhammad, Tn Adanan bin Daud, Pn Radziah binti Ismail dan Pn Nor Aziah binti Zaini telah mengadakan lawatan ke Laman Sireh milik Tn Hj Zaki bin Kamarzaman di Sungai Sireh, Tanjong Karang. Mana tahu Koppend berhasrat untuk mengadakan homestay kabin pula sebagai satu pelaburan yang baharu!
7 November 2024 (Khamis) - Koppend membuat lawatan tapak ke Bangunan Hulu Bernam, Tanjong Malim untuk melihat persekitaran dan peluang bagi sewaan Tingkat Satu bangunan tersebut yang masih kosong. Koppend berpeluang bertemu dengan Guru Besar Sriti Tg Malim yang menyewa tingkat bawah bangunan Koppend tersebut mengenai potensi mereka untuk menyewa ruang tingkat satu yang masih kosong. Wakil Koppend yang hadir ialah Tn Hj Ahmad Saari bin Muhammad, Pn Radziah binti Ismail, Pn Musirpah bt Kasmuri dan Pn Nor Aziah binti Zaini
5 November 2024 (Selasa) - Sesi Townhall Bersama Koperasi Berkaitan Cadangan Penggubalan Akta Koperasi Yang Baharu diadakan di Wisma ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor. Koppend menghantar Tn Hj Ahmad Saari bin Muhammad (Setiausaha) untuk mendengar sesi tersebut.
Pemasangan papan tanda pemilikan bangunan Koppend telah dijalankan pada bulan Ogos 2024 di bangunan Koppend, Hulu Bernam, Tanjong Malim. Semoga Koppend terus meningkatkan aset yang berpotensi pada masa akan datang.
Pada 23 Februari 2024(Jumaat), Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah hadir ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani perjanjian kelulusan Tabung Modal Pusingan(TMP)-Kredit sebanyak RM2,000,000(dua juta ringgit). Tahniah kepada semua ALK dan staf Koppend yang berjaya menyediakan dokumen permohonan TMP tersebut. Insya-Allah, satu kemudahan kepada anggota untuk membuat pembiayaan.
Pada 30 Januari 2024 (Selasa), Tn Hj Lamsah bin Arbai, Tn Hj Anuar bin Tompang, Pn Radziah binti Ismail dan Pn Nor Aziah binti Zaini telah menghadiri Seminar Governan Koperasi: Pengukuhan Integriti ke Arah Kelestarian Koperasi di Dorset Hotel, Putrajaya. Seminar ini menyediakan dua tajuk yang menarik, iaitu Integriti dalam Koperasi Amalan vs Peraturan dan Jenayah Rasuah Membawa Padah: Perkongsian Kes-kes Rasuah.
Alhamdulillah, Koppend berada pada kedudukan 29 koperasi terbaik seluruh negeri Selangor pada tahun 2023. Tahniah kepada Pengerusi, ALK, Juruaudit Dalaman, Pegawai Tadbir Koperasi dan anggota Koppend yang bertanggungjawab dan bekerjasama menjadikan Koppend antara koperasi terbaik di negeri Selangor. Tidak lupa juga sokongan daripada Pegawai SKM Cawangan Wilayah Tanjong Karang yang turut membantu secara tidak langsung.
Majlis menandatangani perjanjian sewaan bangunan kedai di Tanjong Karang telah dilaksanakan pada 22 November 2023 antara Koppend dengan A & E Muni Enterprise.
Pada 31 Oktober 2023/16 Rabiulakhir 1445H(Selasa), Tn Hj Ahmad Saari bin Muhammad (Setiausaha), Pn Radziah bt Ismail (Pengerusi Biro Pembiayaan), Pn Musirpah bt Kasmuri (Pegawai Kewangan) dan Pn Nor Aziah bt Zaini (Pegawai Pentadbiran dan Pembiayaan) telah mewakili Koppend hadir ke Islamic Financing Workshop (IFW) di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Program bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada 5.15 petang ini antara lain memberikan pendedahan kepada pihak koperasi yang hadir mengenai produk pembiayaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat.
Pada 27 Oktober 2023/12 Rabiulakhir 1445H (Jumaat), Ahli Lembaga Koperasi dan staf Koperasi mendengar taklimat daripada wakil Takaful Ikhlas (Encik Mohd Aizly b Mohamad Noh) yang menerangkan produk takaful yang sesuai untuk disertai oleh Koppend demi kemaslahatan anggota. Antara yang menarik sudah tentulah skim perlindungan yang disediakan oleh takaful.
Pada 16 Oktober 2023/1 Rabiulakhir 1445H(Isnin), Koppend telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat & Tahlil sempena Ulang Tahun Koppend yang ke-24. Pihak Koppend telah menjemput pegawai dan kakitangan SKM, bekas ALK, pegawai tadbir yang lama, beberapa orang pesara Koppend dan anggota biasa Koppend bagi menyertai majlis tersebut. Bacaan Yasin, doa selamat dan tahlil dipimpin oleh Ustaz Saiful Adli bin Solehat (guru dari Kolej Tingkatan Enam, Kuala Selangor). Semoga Koppend terus bertahan dan berdaya saing dan semoga arwah bekas anggota Koppend ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman di akhirat. Aminn..
Pihak pengurusan Koppend telah menyediakan kertas kerja, membuat semakan dan permohonan Tabung Modal Pusingan(TMP) kepada pihak SKM sebanyak tiga juta ringgit bermula 19 September yang lalu. Permohonan ini sebagai persediaan untuk dana pembiayaan peribadi anggota Koppend. Penghantaran semua dokumen yang diperlukan ke SKM akan dilakukan sebelum berakhir Oktober 2023. Semoga permohonan ini dapat diluluskan oleh pihak SKM
Pada 11 Oktober 2023/25 Rabiulawal 1445H (Rabu), Tn Hj Lamsah bin Arbai (Pengerusi Koppend) dan Tn Adanan bin Daud(Bendahari) telah hadir ke Bangunan Koppend di Hulu Bernam, Tanjong Malim untuk menandatangani perjanjian sewaan yang baharu dengan pihak SRITI yang menyewa bahagian bawah bangunan Koppend. Perjanjiaan sewaan dibuat untuk tempoh tiga tahun.
Kursus Wajib 3 untuk Ahli Lembaga Koperasi(ALK) yang baharu & Juru Audit Dalaman (JAD) secara bersemuka telah diadakan pada 3 - 4 Oktober 2023/17-18 Rabiulawal 1445H. Manakala Kursus Wajib 2 untuk ALK yang baharu secara on line pada 9-10 Oktober 2023/23-24 Rabiulawal 1445H. Kursus seperti ini wajib dihadiri/disertai oleh ALK dan JAD sebagai syarat utama untuk menjadi ALK dan JAD koperasi.
ALK yang baharu ialah Tn Hj Kamarularipin bin Jaffar, Tn Mustakim bin Bajoori dan Pn Nor Suhada bt Che Daud. Manakala JAD yang baharu ialah Pn Nur Syifa bt Mohd Afandi