Berikut ialah senarai aktiviti yang akan/telah dilaksanakan oleh KOPPEND.
4/7/2026 - KOPPEND telah mengikuti lawatan ke Hari Koperasi Negara di Butterworth, Pulau Pinang. Alhamdulillah, dua orang anggota Koppend mendapat rezeki apabila memenangi cabutan bertuah semasa hari koperasi tersebut. Salah satunya memenangi hadiah utama dengan membawa pulang skuter WMoto EZ125!
26/6/2026 - MESYUARAT MENENTUSAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE-23 KOPEND telah dijalankan dengan dihadiri oleh anggota yang dilantik semasa mesyuarat, iaitu Tn Hj Ishak bin Itam, Tn Hj Ali bin Mohd Ikhwan, En Mahalim bin Turman dan Pn Narimah binti Shamsudin. Semoga Minit mesyuarat Agung ke-23 bersih daripada kesilapan bahasa dan maksud.
11/6/2026 (Khamis) - MESYUARAT AGUNG KE-23 KOPPEND telah diadakan di Pusat Latihan PPP UKM, Tg. Karang, Selangor. Mesyuarat agung ini dirasmikan oleh Tn Muhammad Anas bin Nasrudin, Penolong Pengarah SKM Cawangan Negeri Selangor Wilayah Sabak Bernam/Kuala Selangor. Alhamdulillah, mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua anggota yang hadir.
15/5/2026 - KOPPEND meraikan Hari Guru di lima buah sekolah terpilih dengan pemberian kek yang disampaikan oleh Pn Radziah binti Ismail. Sekolah yang terpilih ialah SMK Tiram Jaya, Tg. Karang, Kolej Ting 6, Kuala Selangor, SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya, SK Bandar Baru, Kuala Selangor dan SK Parit Mahang, Jeram. Insya-Allah, aktiviti ini akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang dengan sekolah yang lain pula.
22/4/2026 - KOPPEND hadir dalam Program Pemerkasaan Tatakelola Koperasi Sekolah (PATUH) di Pusat Latihan PPP UKM, Sg. Kajang, Tg. Karang. Koppend berpeluang mempromosikan koperasi ini dalam kalangan warga pendidik Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang disampaikan oleh Pn Ainil Mardiyah binti Ishak.
2/3/2026 (Isnin)- SESI taklimat bersama pegawai BHP di Surian Tower, Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Sesi buka minda untuk melihat potensi membuka stesen minyak BHP di Tg. Karang. Koppend diwakili oleh Hj Ahmad Saari bin Muhammad, Hj Samran bin Lakimin, Pn Radziah binti Ismail, Pn Hjh Nor Azah binti Zaini dan Cik Nur Syuhadah binti Mohd Zamri (Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi SKM) sebagai pemerhati.
14/1/2026 - KOPPEND mengadakan Lawatan Tapak Bangunan Hulu Bernam, Tg. Malim untuk melihat penyelanggaraan/baik pulih bangunan setelah semua tingkat disewa sepenuhnya oleh SRITI. Lawatan tapak dilakukan oleh Tn Hj Kamarularipin bin Jaffar dan Hj Ahmad Saari bin Muhammad.
12/1/2026 - Serahan surat lantikan kepada Tn Mohd Rafie bin Mahari (GB SK Parit 4, Sekinchan) sebagai ALK baharu menggantikan Allahyarham Tn Hj Lamsah bin Arbai @ Bai. Semoga sukses!
BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK KOPPEND 2026-2030 telah diadakan di D'Koppend Kabin, Sg. Sireh, Tg. Karang pada 11 Disember 2025
KEJOHANAN BOLING KOPPEND telah diadakan di One Plaza, Kuala Selangor pada 26 September 2025. Tahniah kepada pemenang dan anggota yang menyertai kejohanan.
MAJLIS JASA DIJULANG BUDI DIKENANG bagi meraikan dua orang mantan ALK, iaitu Tn HJ Anuar bin Tompang dan TN Hj Shahril Azman bin Kasim telah diadakan pada 11 Julai 2025 (Jumaat) bermula 8.30 malam di Secret Recipe, Tg. Karang. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang diberikan demi kemajuan Koppend. Jasa tuan-tuan tetap dihargai dan akan dikenang dalam sejarah Koppend.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPPEND kali ke-22 telah berjaya dijalankan pada 24 Jun 2025 (Selasa) bermula 2.30 petang di SMK Seri Desa, Tg. Karang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tn Zamzuri bin Ariffin, Pengurusan Cawangan Co-opbank Pertama Kuala Selangor. Seramai 280 orang anggota telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Semoga Koppend terus maju dan bersatu teguh!
Alhamdulillah, Sambutan Ulang Tahun ke-25 Koppend (atau JUBLI PERAK KOPPEND) telah diadakan pada 16 Oktober 2024 di Surau Nuruzzaman, Tg. Karang tepat 25 tahun sejak ditubuhkan pada 16 Oktober 1999. Koppend masih terus bertahan. Semuanya, berkat sokongan anggota dan usaha mantan ALK, staf dan anggota yang lalu. Majlis tahlil dan doa selamat diadakan dengan harapan Koppend terus berkembang dan menjaga kebajikan anggotanya. Selain itu, berdoa agar anggota Koppend yang telah kembali ke rahmatullah dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman di akhirat. Aaminn. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Kejohanan Boling Koppend telah diadakan pada 7 September 2024 (Sabtu) di UBowls Bruns KL, One Plaza, Kuala Selangor. Pertandingan ini antara lain untuk merapatkan ikatan silaturahim antara anggota dan juga mendapatkan anggota baharu. Kejohanan ini dirasmikan oelh Tuan Maruwan bin Ahmad, Penyelaras DUN Sg Burong. Alhamdulillah, kejohanan berjalan dengan baik. Tahniah kepada pemenang dan anggota yang turut penyertainya.
15 Ogos 2024 (Khamis) - Koppend telah mengadakan Majlis "Bakti Disemai Budi Dituai" di Kuala Muara Kitchen, Pasir Penambang. Majlis ini bagi meraikan anggota Koppend yang dilantik sebagai ALK yang baharu, iaitu Tn Hj Samran bin Lakimin dan Tn Hj Mohd Nasir bin Ismail sebagai Panel Syariah Koppend.
Mesyuarat Agung Tahunan Koppend ke-21 pada 27 Jun 2024 (Khamis), 2.30 petang di Pusat Latihan & Kemudahan - UKM, TG Karang.
Kursus Pendek Cara Membuat dan Menyediakan Sandwich anjuran bersama Koppend dengan Masjid Ar-Raudhah Tg Karang telah diadakan pada 20 Februari 2024 (Selasa) jam 2.30 petang di perpustakaan Masjid Ar-Raudhah Tg Karang.
Kursus pendek Gubahan Bouquet Coklat anjuran bersama Koppend dengan Biro Pendidikan Masjid Ar-Raudhah, Tg Karang pada 21 November 2023
Kempen keanggotaan di SMK Pengkalan Permatang pada 26 Oktober 2023 sempena Kejohanan Tertutup Petanque Kuala Selangor
Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat & Tahlil sempena Ulang Tahun Koppend yang ke-24 pada 16 Oktober 2023
Mesyuarat ALK Koppend pada 24 Ogos 2023
Kempen keanggotaan Koppend di Stadium Kuala Selangor pada 22 - 23 Ogos 2023
Taklimat Koppend bersama-sama MGB (Majlis Guru Besar Kuala Selangor) di SK Bandar Baru pada 31 Julai 2023
Kempen keanggotaan di SMK Seri Desa pada 29 Julai 2023
Majlis "Sanjungan Budi Setulus Kenangan" pada 17 Julai 2023 di De Palma, K. Selangor
Mesyuarat Agung Koppend kali ke-20 pada 24 Jun 2023 di MCL D' Bamboo, Sg Gulang-Gulang, Tg. Karang
Kejohanan Boling Koppend pada 17 Jun 2023
Menziarahi dan menyampaikan khairat kematian kepada keluarga Allahyarham Cikgu Azizan bin Muhajer pada 11 Mei 2023
Sesi kenal mesra dengan Cik Nur Atiqah binti Asbi, Pegawai SKM Wilayah pada 21 Februari 2023
Kempen keanggotaan Koppend di SMK Bukit Kuching Tengah pada 11 Februari 2023