Menjalankan aktiviti yang berikut :-
menyimpan wang daripada yuran bulanan anggota dan memberikan pinjaman kepada anggota;
membekalkan barang dan perkhidmatan;
sewaan, pemasaran, pelancongan, perdagangan, pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan aktiviti perkhidmatan lain-lain;
pertanian, perladangan, tanaman, ternakan dan aktiviti pertanian lain-lain.
Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan
Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.
(Fasal 8 dan 9 UUK)