Koperasi Pendidikan Kuala Selangor Berhad ditubuhkan di Pejabat Pendidikan Kuala Selangor pada tahun 16.10.1999 oleh Pegawai Pendidikan Daerah waktu itu, iaitu Tuan Haji Solehan bin Remot atas keprihatinannya terhadap masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan kakitangan sekolah berkaitan dengan masalah kekurangan sumber kewangan. Masalah kekurangan sumber kewangan untuk mengurus kehidupan dan memenuhi kehendak yang perlu boleh menyebabkan tekanan kepada keharmonian diri seseorang dalam menunaikan tugas-tugas di sekolah.
Fungsi koperasi ini sebagai sebuah koperasi kredit sedia menjadi teman yang sentiasa ada bersama-sama mereka ketika senang dan susah. Ketika senang mereka boleh menabung dan ketika susah mereka boleh memohon pembiayaan.
Keanggotaan koperasi ini terbuka kepada warga pendidik, pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Bumiputera yang beragama Islam dan kakitangan tetap koperasi.