Assalamualaikum semua, selamat datang ke dalam laman google sites Cikgu Onie's. Cikgu Onie's ingin berkongsi ilmu berkaitan golongan kata dalam tatabahasa ini. Jangan lupa baca dan faham tau. Cikgu Onie's sayang anda semua.
Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa.
Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.
Tatabahasa bahasa Melayu secara umumnya mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.
Tatabahasa sebenarnya merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa.
Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya dan pelajar tersebut akan dapat bertutur (dan mengarang) dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain.
Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu.