Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
Kata Sendi : di
Digunakan untuk tempat.
Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Ayat contoh :
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
Kata Sendi : ke
Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang.
Ayat Contoh :
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
Kata Sendi : dari
Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
Ayat Contoh :
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
Kata Sendi : daripada
Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Ayat Contoh :
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota.
Kata Sendi Kepada/ akan/terhadap
Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
Ayat Contoh :
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa.
Kata Sendi : bagi/untuk
Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
Ayat Contoh :
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.
Kata Sendi : pada
Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Ayat Contoh :
1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.
Kata Sendi : demi
Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan
Ayat Contoh :
1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara.
2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai.
Kata Sendi : tentang
Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan
Ayat Contoh :
1. Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara.
Kata Sendi : seperti/umpama/laksanabagai
Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
Ayat Contoh :
1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai orang berada.
2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu.
Kata Sendi : dengan
Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
Ayat Contoh :
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.
Kata Sendi : sejak/semenjak
Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
Ayat Contoh :
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan.
Kata Sendi : oleh
Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
Ayat Contoh :
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka.
Kata Sendi : hingga/sampai
Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
Ayat Contoh :
1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/ sampai larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti.
Kata Sendi : dalam / antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Ayat Contoh :
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik