Berikut merupakan Nota Cikgu Onie's berkaitakan kata kerja tak transitif :
Berikut merupakan video berkenaan kata kerja tak transitif :
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.
 Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap. Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
Kata Kerja Tak Transitif di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut tentang ayat tersebut. Contoh:
Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh:
Keadaan banjir sudah beransur surut.
Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.