Kata Hubung :
Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
Contoh:
Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)
Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)
Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)
Jenis Kata Hubung :
1) Kata hubung gabungan
2) Kata hubung pancangan
3) Kata hubung berpasangan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya.
Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.
Berikut adalah contoh kata dan ayat hubung gabungan.
Kata hubung pancangan berfungsi untuk menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil. Kata hubung pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan relatif :
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil.
Bentuk kata hubung yang digunakan dalam kata hubung ini ialah 'yang', Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan relatif.
Buku yang dikarang oleh Ali itu adalah buku bahasa melayu.
Restoran yang mementingkan kebersihan itu digemari oleh para pelanggan.
Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung pancangan komplemen menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama.
Antara contoh kata komplemen atau pelengkap yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan komplemen.
Pihak bomba telah memberitahu bahawa kejadian kebakaran itu berpunca dari litar pintas.
Adik memberitahu ibu bahawa dia tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Pak Abu mempunyai dusun durian yang paling besar di kampung ini.
Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun itu diberikan hadiah oleh pengetua sekolah.
Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan berfungsi untuk memberi keterangan dengan menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan.
Antara contoh kata yang sering digunakan dalam kata hubung pancangan keterangan ialah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, semenjak dan ketika.
Berikut adalah contoh kata hubung pancangan keterangan dan kegunaannya.