Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
(a) Kata nama majmuk :
Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
(b) Kata bilangan majmuk ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
(c) Kata adjektif majmuk ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
(d) ~ Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
~Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
(e) Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
(f) Kata keterangan majmuk ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
(g) Kata hubung majmuk ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Kata majmuk
Kata majmuk berlaku apabila dua atau lebih kata dasar dirangkaikan untuk membawa makna yang tertentu.
Terdapat kata majmuk yang bercantum dan terpisah.
Kata majmuk boleh dibahagikan ke beberapa jenis iaitu:
Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
Kata majmuk kiasan (peribahasa)
Kata majmuk istilah khusus
Kata majmuk rangkai kata bebas
Kata majmuk ini tidak mempunyai hubungan antara perkataan yang pertama dan kedua, bermakna setiap perkataan mempunyai maknanya tersendiri.
Berikut adalah contoh perkataan majmuk rangkai kata bebas.
Antara contoh kata majmuk rangkai kata bebas ialah :
Jalan raya
Beg tangan
Jam tangan
Bandar raya
Meja tulis
Kata majmuk istilah khusus
Kata majmuk istilah khusus terdiri daripada kata yang digunakan untuk merujuk kepada istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.
Selalunya kata ini digunakan dalam bidang Sains, Matematik dan Geografi.
Contoh perkataan yang mengunakan kata majmuk istilah khusus boleh dilihat di bawah.
Kata majmuk simpulan bahasa
Kata majmuk simpulan bahasa merupakan kata yang terhasil dari pengunaan simpulan bahasa.
Kebanyakkan peribahasa adalah dalam bentuk kata majmuk.
Contoh peribahasa yang terdapat dalam kata majmuk simpulan bahasa boleh dilihat di bawah.
Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk berlaku apabila kata majmuk digandakan dan ianya hanya melibatkan kata yang pertama.
Pengandaan boleh juga berlaku kepada simpulan bahasa dan bentuk yang sudah mantap tetapi ianya akan melibatkan kesuluruhan kata tersebut.
Contoh penggandaan kata majmuk yang melibatkan kata yang pertama.
Kata majmuk mantap
Kata majmuk yang sudah mantap merupakan perkataan yang biasanya dieja sebagai satu perkataan.
Di bawah ialah contoh kata yang dieja sebagai satu perkataan.