Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya, Kavipiriya A/P Saravanamurthy dan Nik Nur Auni Nabihah Binti Nik Li, merupakan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Masalah Penglihatan. Laman sesawang ini bertujuan untuk memenuhi keperluan Tugasan 2 Pentaksiran Berterusan bagi subjek EDUP 3093 serta sebagai medium pembentangan maklumat berkaitan topik yang telah dipilih. Â
Selamat belajar dan selamat meneroka! ✨
Kursus ini berfokus kepada konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, cabang-cabang falsafah, sumber ilmu, pandangan ahli falsafah tentang pendidikan, perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum dalam pendidikan dan model-model kurikulum yang digunakan di Malaysia, pendidikan kewarganegaraan global, program dan inisiatif terkini dalam perkembangan pendidikan dan kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kursus ini ditawarkan supaya pelajar diberi pendedahan tentang pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejajar dengan hasrat dan aspirasi pendidikan di Malaysia.