Tempahan Ruang Pusat Sumber (HQ)
Perkhidmatan ini hanya melibatkan Pusat Sumber Ibupejabat (HQ) sahaja.
Terbuka untuk kakitangan JAKESS sahaja.
Terhad untuk 2 jam penggunaan sahaja. Pertambahan waktu dibenarkan sekiranya tiada permintaan dari pengunjung lain.
Penggunaan ruang ini adalah untuk tujuan perbincangan, perbentangan dan lain-lain aktiviti akademik sahaja.
Pengguna hendaklah bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan kemudahan ini.
Pengguna tidak dibenarkan berbincang terlalu kuat sehingga mengganggu pengunjung lain.
Pengguna dilarang makan dan minum di dalam Pusat Sumber.
Pihak Pusat Sumber berhak menarik balik kemudahan yang disediakan sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan penggunaan kemudahan ini.
Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada petugas Pusat Sumber.