Tatacara Peminjaman &
Pembaharuan
BAGAIMANA MEMINJAM
Peminjaman buku hanya terhad kepada kakitangan JAKESS sahaja.
Seorang kakitangan dibenarkan meminjam maksimum sebanyak 5 naskhah buku dalam 14 hari termasuk Sabtu Ahad dan cuti umum.
Pinjaman buku hendaklah menggunakan borang dalam pautan yang ditetapkan.
Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang dipinjam.
Bagi penghantaran buku yang lewat, peminjam akan dikenakan penalti/denda sebanyak RM0.50 bagi sebuah buku.
Peminjam harus menggantikan buku yang sama bagi kes kehilangan buku atau membayar mengikut harga buku yang dipinjam, tertakluk kepada perbincangan dengan Ketua Pusat Sumber.
PINJAMAN SEMULA
Pinjaman semula boleh dibuat dengan datang sendiri ke kaunter Pusat Sumber atau secara dalam talian.
Sila nyatakan Nama penuh peminjam & nombor telefon untuk dihubungi.
Pinjaman Semula boleh dibuat sekiranya buku tersebut tidak ditempah oleh pengguna yang lain.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
- Pembantu Pustakawan 03-55191291 sambungan 1201)