Peraturan
Pusat Sumber JAKESS
PENGGUNA PUSAT SUMBER JAKESS MESTI MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN BERIKUT:
Hanya kakitangan atau pengguna yang memperolehi kebenaran daripada Pengurusan Pusat Sumber sahaja dibenarkan menggunakan Pusat Sumber.
Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, membuat bising, merokok, tidur, berdua-duaan, melakukan kerosakan (menanda, mengoyak atau memusnahkan bahan), mengubah susun atur perabot atau melakukan sesuatu yang akan menjejaskan suasana di Pusat Sumber.
Keselamatan barang persendirian adalah tanggungjawab pengguna.
Pengguna perlu mematuhi peraturan bilangan buku yang dibenarkan dan bertanggungjawab di atas pemulangan dalam tempoh yang ditetapkan.
Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap bahan yang dipinjam. Denda akan dikenakan ke atas bahan Pusat Sumber yang lewat dipulangkan mengikut kesalahan kelewatan.
Pengguna (pegawai dan sokongan) yang masih tidak memulangkan bahan rujukan akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya:
Nilai denda tertunggak melebihi RM5.00 dan ke atas, secara automatik tidak dibenarkan menggunakan semua perkhidmatan Pusat Sumber dan;
Selepas 30 hari dari tarikh pemulangan, bahan rujukan tersebut dianggap hilang dan nilai denda akan dikenakan merujuk kepada Jadual Denda Pusat Sumber.
Segala urusan di kaunter Pusat Sumber akan tamat 15 minit sebelum waktu Pusat Sumber ditutup. Semua pengguna perlu meninggalkan Pusat Sumber mengikut waktu yang ditetapkan.
Kakitangan Pusat Sumber berhak mengarah atau melarang pengguna daripada masuk atau menggunakan sebarang kemudahan sekiranya pengguna didapati telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Pusat Sumber.