Tatacara Sumbangan Buku
KRITERIA PENERIMAAN SUMBANGAN BAHAN
Bahan yang diterima merupakan bahan monograf sahaja.
Bahan sumbangan yang bersesuaian sahaja akan diproses mengikut polisi yang sedia ada.
Penyumbang individu hendaklah menyerahkan maklumat peribadi dengan mengisi Borang Akuan Pemberian yang disediakan.
Bahan hendaklah dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Bahan dalam salinan fotokopi tidak diterima.
Buku teks sekolah, buku komputer, buku rujukan ulangkaji yang outdated, komik berserta majalah hiburan, buku berunsur lucah adalah tidak diterima.
Pihak JAKESS berhak membuat apa-apa tindakan terhadap bahan yang diterima.
Sebarang tuntuan selepas penyerahan bahan adalah tidak dibenarkan dan bahan-bahan yang diserahkan akan menjadi koleksi dan hak milik JAKESS.
Sebarang penyerahan bahan hendaklah diserahkan sendiri oleh penyumbang dan kemudahan pengangkutan tidak disediakan oleh pihak JAKESS.