PUSAT SUMBER JAKESS

PENGENALAN PUSAT SUMBER JAKESS

Pusat Sumber Jabatan Kehakiman Syariah Selangor merupakan sebahagian daripada Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber (BPPS JAKESS). Pusat Sumber JAKESS dikategorikan kepada dua (2) iaitu Pusat Sumber Utama (Ibu Pejabat atau Mahkamah Tinggi Syariah) bertempat di Shah Alam dan Pusat Sumber yang beroperasi di setiap Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

 

Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber (BPPS) diketuai oleh Pegawai Penyelidik Kanan, Pejabat Ketua Hakim Syarie bersama lima (5) orang Pegawai Penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah dan terdiri dari seorang pembantu pustakawan serta 12 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik bagi mewakili setiap Mahkamah Rendah Syariah.

FUNGSI PUSAT SUMBER JAKESS 

Merancang, mengurus dan menyelaras perkhidmatan pusat sumber peringkat jabatan dan di seluruh Mahkamah Rendah Syariah Daerah berpandukan garis panduan kebangsaan dan antarabangsa.

Menyediakan bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah dan kitab-kitab kepada warga kerja jabatan, peguam, pendakwa, ahli  akademik, pelajar dan orang awam.

Menguruskan perkhidmatan pinjaman buku dan bahan rujukan kepada Hakim, Penyelidik, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, termasuk kepada semua kakitangan jabatan.

Melaksanakan program pembudayaan ilmu dan membaca bagi jabatan dan menyelia ruang bacaan dan perkhidmatan fasiliti kepada warga kerja jabatan, peguam dan orang awam.