Aktiviti Pusat Sumber

2023

Disember

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF) - 6/12/2023

Satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada 6 Disember 2023. Lawatan yang disertai seramai lebih kurang 20 orang ini bertujuan untuk menyuburkan budaya membaca dikalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

September

Kuiz Maulidur Rasul Siri-1

Kuiz Maulidur Rasul Siri-2

Pemenang kuiz Maulidur Rasul Siri 1

1. Aminullah bin Bahrin, MTS Shah Alam.

2. Nurul Shahira binti Muhamad Radzuan, MRS Petaling, 


Pemenang kuiz Maulidur Rasul Siri 2

1. Maizatul Aliza binti Chee Din, Mrs Gombak Timur.

2. Zamzilatun binti Saniron, MRS Kuala Langat.





Julai

Kempen Bulan Membaca 2023 (23 minit, 23 hari) 

7 hingga 29/7/2023 

Pertandingan Resensi Buku 2023

Pemenang-pemenang Pertandingan Resensi Buku 2023

MEI

Program membaca 10 minit - 18 Mei 2023 

Naziran ke Mini Pusat Sumber Daerah-23/5/2023 

Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menjalankan Program Naziran Mini Pusat Sumber di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor. Naziran dijalankan oleh  Puan Norsalwa Binti Abdullah Thani dan Tuan Mohd Firdaus Bin Mohed selaku pegawai pemantau bertujuan untuk menyelaraskan dan memantau pengurusan Mini Pusat Sumber Daerah-daerah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan Mini Pusat Sumber Daerah dan cadangan penambahbaikan dari lokasi yang dipantau. Ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua Pejabat/ Hakim Syarie MRS Hulu Selangor, Tuan Abdul Halim Bin Abu Samah dan Puan Rizwana binti Basheer Osman selaku Ahli Jawatankuasa Mini Pusat Sumber.



Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa/Negeri- 29/5/2023 

Satu lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di Pusat Dagangan Putra (PWTC)  telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor hari ini. Lawatan yang disertai seramai lebih kurang 27 orang delegasi ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dikalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) selaras dengan kempen membaca kebangsaan sebagai asas merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030.

APRIL

Program Quran Hours – 13/4/2023

MAC

Bengkel  Pusat Sumber JAKESS bersama Pusat Sumber JKSM – 16/3/2023 (BLIT)

FEBRUARI

Program Cuti Sekolah @ JAKESS- 23/2/2023


23hb Februari, 2023 (Jumaat)- Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber telah menganjurkan program bersempena cuti sekolah iaitu Program Easy Quran & Taranum dan Pertandingan Mewarna pada hari ini bertempat di Pusat Sumber, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.


Program ini telah disertai oleh anak-anak warga kerja jabatan seramai 25 orang bagi Program Easy Quran manakala 44 orang peserta bagi Pertandingan Melukis dan Mewarna. Ustazah Nor Ruzana Natiah binti Jaafar, Pengasas An Najdah Centre telah dijemput untuk berkongsi ilmu berkaitan teknik-teknik pembacaan al- Quran. 


Program ini bertujuan melahirkan generasi muda yang rajin membaca dan mesra Quran disamping merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak.

JANUARI

Latihan Penggunaan Pengkalan Data Undang-Undang CLJ- 13/1/2023


Satu sesi latihan penggunaan Pangkalan Data Atas Talian Current Law Journal (CLJ) telah diadakan pada hari ini jam 3.00 petang. Latihan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Inovasi Latihan ini telah diadakan secara hibrid iaitu latihan secara bersemuka dan dalam talian melibatkan Pegawai-Pegawai Syariah Jakess. Antara objektif latihan adalah memastikan Pegawai Syariah menggunakan Pangkalan Data Atas Talian CLJ dengan optimum dalam melaksanakan tugasan perundangan dan kehakiman. Latihan ini telah dikendalikan oleh Encik Syed Mohd Aris, pegawai dari CLJ Legal Network Sdn Bhd dan disertai oleh 43 orang pegawai.