TWINS : PLAY BY THE RULES
❤️AUTHOR: CREDESIA
❤️PRICE: RM 3 (SEHINGGA 30 JUN SAHAJA)
❤️PAGES: 273
❤️SINOPSIS:
Biasanya ibu bapa yang asyik menyibuk soal jodoh anak-anak. Tapi berbeza dengan kisah Harize Zafran dan Daiana Zafrin. Bukan ibu bapa tetapi nenda mereka!
Syarat pula memang tak terfikir dek akal hanya untuk menjaga salasilah keturunan. Aturan Allah SWT itu lebih baik dari perancangan manusia, bersyarat bagaimana pun kalau Allah SWT kata tidak maka tidaklah ia. Apatah lagi berkaitan soal hati dan perasaan, mana bisa dibendung.
Sudahnya Daiana tegarkan hati dengan melanggar peraturan nenda demi sekeping hatinya yang mahu bahagia.
Persoalannya, adakah nenda mereka kisah dengan soal hati dan perasaan cucunya?
❤️TEASER 1:
Bila korang kembar dan cikgu cuba pisahkan korang berdua.
"Daiana, jom cikgu bawak Daiana pergi ke tempat Daiana? Meja dan kerusi Daiana dekat kawan-kawan perempuan yang lain," kata guru perempuan muda tersebut sambil menunjukkan tempat Daiana.
Dengan berat hati, Hariez terpaksa melepaskan pegangannya apabila cikgu muda tersebut meleraikan pegangan tangan mereka.
Namun, baru dua langkah berjalan, Daiana terduduk sendiri dengan pipi memerah lalu mula merengek.
"Maafkan saya cikgu." Cikgu tersebut berpaling ke arah pintu.
Terjegul kepala Jamilah mengintai gelagat cucu perempuannya.
"Ada apa, puan?" tanya cikgu tersebut setelah tiba di hadapan Jamilah.
"Macam ni, cikgu. Si kembar tu memang tak boleh berpisah. Kalau dipisahkan juga memang susah nak diam. Jadi, apa kata kalau saya permudahkan kerja cikgu. Cikgu letakkan meja mereka sekali." Jamilah melilaukan matanya ke segenap ruang dalam kelas yang memuatkan 20 orang itu.
"Kalau puan dah kata macam tu, terpaksalah saya. Bimbang saya nanti kalau tak sempat habiskan aktiviti orientasi." Cikgu tersebut tersenyum sebelum berlalu semula ke dalam kelas.
"Daiana dan Hariez duduk sini." Meja yang berada di bahagian paling depan diketuk beberapa kali mengisyaratkan itu meja yang akan diduduki mereka.
❤️TEASER 2:
Bila nenek kau letakkan syarat untuk bakal pasangan kau tapi syarat tu macam... entah apa-apa je..
"Daiana Zafrin, let's be a couple!"
Dalam satu nafas yang begitu laju dan mata yang terpejam rapat sambil menggenggam tangan bagai meminta hajat, Afham akhirnya berjaya melamar Daiana walaupun tidak begitu manis.
Setelah ayat tersebut berjaya dicerna dan dihadam, Daiana mengangkat kening sambil menunjukkan dirinya dengan pen yang berada di tangan.
"Kau, lamar aku?"
"Kalau kau tak nak, aku tak kisah. Tapi untuk pengetahuan kau, Aris dah lama tahu aku simpan perasaan pada kau." Nasiblah Afham sudah berjaya mengawal perasaan gementar tadi.
Jika tidak, habis berterabur segala patah kata.
Mendengarkan kata-kata Afham, Daiana memandang ke arah Hariez.
Namun...
Renungan dan sinar harapan daripada Hariez pula yang mungkin kerana dia sudah lama mengetahui tentang perasaan Afham terhadap Daiana menyebabkan Daiana bertambah keliru.
Argh!
Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya terhadap Afham.
Bila diambil kira semula, tidak salah memberi peluang kepada Afham. Tapi Daiana harus memikirkan juga mengenai syarat Jamilah yang entah apa-apa. Jadi...
"Aku terima tapi..."
Afham mesti tahu syarat Jamilah sekiranya mahu menjalinkan hubungan dengan Daiana. Kalau tidak, masalah akan timbul.
Hariez melafazkan satu persatu perkataan. Automatik, rahang Afham jatuh.
"Pasangan. Kami. Mesti. Bergenetik. Kembar."