BADASS BOSS
❤️AUTHOR: CREDESIA
❤️PRICE: RM 2 (SEHINGGA 30 JUN SAHAJA)
❤️PAGES: 68
❤️SINOPSIS:
Penat belajar sampai master sebagai akauntan eh tiba-tiba dipelawa menjadi personal assistant! Jauh bumi dari langit perbezaan skop kerja tersebut.
Dapat pula Qaiser Fayyadh, bos jenis kepala ikut angin dia je, boleh gila satu pejabat nak ikutkan kehendak dia.
Nur Hafizah pula menjadi serba salah dengan tawaran yang ditawarkan oleh encik bos antara mahu setia dengan kerjanya yang sudah dia berusaha lama ataupun berkorban kerjaya demi menjaga hati seseorang.
Mana satu agaknya pilihan Hafizah? Antara kerjaya dan hati seseorang?
❤️TEASER 1:
“Mulai esok, meja baru kau adalah di luar pejabat aku.”
“Tapi, saya tak nak.”
“Any excuse?”
“Saya tak minat nak berkerja-”
“Resign then.”
“Saya dah selesa berkerja di deparment bawah ni dan saya lebih suka urus duit daripada urus jadual orang.”
“No excuse. Aku boleh gandakan gaji kau atau aku boleh buat apa sahaja yang kau nak. Asalkan kau setuju dengan jawatan yang aku tawarkan ni.”
“Kalau macam tu, saya resign.”
“Hantar la surat resign atau email resign sekali pun, aku tak akan luluskan.”
“Terima je la, dah banyak kali aku ulang ayat sama ni. Kalau kau tak nak juga, terpaksa la aku buat syarat dengan kau.”
“Apa syaratnya?”
“Marry me.”
“So, mana kerusi kau duduk esok, menentukan jawapan kau. Jom, Luq. Lepas ni ada meeting.” Dan mereka berdua terus sahaja keluar daripada ruang departmen aku apabila bunyi riuh mula kedengaran.
❤️TEASER 2:
“Encik ingat encik kaya encik boleh buat semua benda ke? Apa encik fikir encik berkuasa, saya kena ikut semua cakap encik? Encik ingat saya ni apa? Patung? Ha?!” Sembur aku lantang. Kotak tisu aku baling tepat ke wajahnya.
“Mentang-mentang saya anak yatim piatu, mak ayah tak ada, tinggal sebatang kara, encik nak buat saya ni macam orang yang terdesak nak hidup senang? Suka hati paksa saya dengan tawaran yang entah apa-apa encik tu, encik dah buat saya rasa maruah diri saya tercalar!” Sembur aku lagi. Hingus dan air mata aku lap guna hujung lengan baju.
Takkan aku nak ambil semula kotak tisu yang aku dah baling tadi, semakin tercalar la maruah aku.
“Saya pun ada pendirian hidup juga. Encik siapa nak tentukan jodoh saya? Nak paksa saya kahwin dengan encik? Sangat tiba-tiba! Saya hanya kenal encik sebagai majikan saya. Hanya itu, tak lebih dari itu!” Dan ya, sembur lagi.
Melihat dia yang tak ada perasaan itu, aku cuba berhenti menangis. Manusia macam ni, elok aku sebat guna rotan penjara. Biar b0nt0t tu c@c@t.
Bunyi deringan telefon Encik Fayyadh terus sahaja mengalihkan perhatian lelaki itu. Sesaat nama pemanggil dipandang, panggilan terus bersambung.
“Yes, ma?” Jawabnya, kepala menoleh ke arah dalam butik seperti mencari seseorang. Tatkala sasaran dijumpai, dia kembali menoleh ke arah aku.
“Tengah bergaduh ni, kejap lagi Ayyadh masuk la.” Matanya tak lari daripada merenung aku yang sudah comot.
“Iya, tak lama. Bye.” Dan talian dimatikan.
“Those are absolutely...” Dia mendekatkan wajahnya dengan aku. Matanya menyepet dalam merenung mata aku yang masih basah. Aku pula diam menunggu sambungan ayatnya.
“...not my problems.” Serentak itu dia melangkah keluar dari kereta meninggalkan aku yang terkulat-kulat dengan kata- katanya yang sungguh menyakitkan hati.
Ting!
Turun sekarang atau bakal mama mertua kau yang jemput - Encik Bos
Aku mendengus kuat. Tahu ada dashcamera sebab tu aku saja tunjuk protes.
“Bakal mertua kepala hotak kau la. Siapa nak jadi bini kau?” Semakin aku menambah perisa. Sengaja, sangat sengaja.
Biar dia tahu aku memang tak suka dia!
Jangan lari kalau tak nak aku viral suara kau kutuk aku DALAM KERETA AKU - Encik Bos