BADASS BOSS
❤️AUTHOR: CREDESIA
❤️PRICE: RM 2 (SEHINGGA 30 JUN SAHAJA)
❤️PAGES: 130
❤️SINOPSIS:
Niat untuk siapkan kerja assignment berubah sekelip mata menjadi ‘malam pernikahan percuma’ antara Faeeq Adam dan Amalia Amalina.
Siapa tahu kalau hanya niat mereka sahaja yang baik tetapi niat orang lain tak baik? Apatah lagi hubungan antara mereka sangat awkward bila berdua dan terpaksa mengharungi hari-hari seterusnya sebagai suami isteri dalam keadaan tidak bersedia.
Selami kisah mereka merungkai kisah sebenar bagaimana ‘malam pernikahan percuma’ mereka boleh berlaku.
❤️TEASER 1:
Aku bangun untuk mengetuk pintu tapi belum sempat aku angkat tangan, pintu kayu besar itu terlebih dahulu terbuka dari dalam. Aku tengok Faeeq, Faeeq tengok aku. Maka berlakulah z!n@ mata, eh tak. Astaghfirullah...
“Yang kau shaking sangat tu pehal?” Tersentak sedikit aku mendengar suara husky miliknya bergetar mengena gegendang aku.
“T- tak, ka- kau pakai baju, b- bo, boleh?” Aku masih lagi menundukkan pandangan. Well, jaga pandangan gaisek.
“Sorry, aku tak biasa nampak lelaki dalam keadaan macam ni. Malu.” Aku mula menggigit bibir aku. Malu sangat woi! Yang Faeeq ni pun satu, tak reti ke pergi pakai baju dah nampak keadaan aku start merah macam ikan kerisi ni?
“Aku pun tak penah tayang kat orang badan aku. Tahniah kau dah c@bul badan aku yang limited ini.”
❤️TEASER 2:
Sebelah kanan aku ada lengan Faeeq sebab tangan dia masih memegang novel tersebut dan seperti dia tiada niat untuk membawa turun novel itu.
Membulat mata aku bila tiba-tiba tangan kiri Faeeq turut melekap pada rak buku tersebut. Benar kawan- kawan, aku dikepung.
Aku menoleh ke belakang untuk berhadapan dengan Faeeq untuk menolak badannya. Tapi, bertambah bulat mata aku bila perasan jarak antara kami.
“Let me go, please.” Sekarang baru aku rasa lutut aku menggeletar.
“Boleh.” Dia menjatuhkan tangannya di sebelah kiri lalu memasukkannya ke dalam poket seluar yang dia pakai.
“Gelabah ah kau. Usik sikit je pun, nah.”
“Itulah kau, pendek sangat. Lain kali, tidur biar kaki lurus, barulah boleh tinggi.” Selamba Faeeq berkata sambil melangkah menuju ke arah meja semula.