CINDER TAK RELA
❤️AUTHOR: CREDESIA X ZOYAMALIKA
❤️PRICE: RM 3 (SEHINGGA 30 JUN SAHAJA)
❤️PAGES: 106
❤️SINOPSIS:
Dia Suhaila atau dipanggil Ella. Kisahnya hampir serupa dengan hikayat dongeng Cinderella tetapi berlainan versi.
Gadis malang yang kematian ibu bapa kemudian dibesarkan oleh wanita 'sihir' yang melayannya dengan layanan kasar.
"Lembablah kau ni!"
"Tak senang agaknya hidup tu kalau tak menyusahkan aku!"
Tetapi Suhaila cekal dan terus tersenyum walaupun diherdik dengan kata-kata pedih dari ibu saudaranya, Ara.
Seperti kisah Cinderella, hidupnya terkongkong. Hatta bermain di depan rumah juga tidak dibenarkan.
Sehingga tibalah 'putera raja' datang menghulurkan lamaran. Suhaila menerima dengan hati terbuka.
Dan Ara hanya mampu meratapi penyesalan hidupnya. Dia tidak rela dengan perpisahan ini. Cinderellanya juga pasti tidak rela!
Benarkah kisah Cinderella ini tidak sama dengan hikayat dongeng? Versi bagaimanakah Cinder Tak Rela ini?
❤️TEASER 1:
“Lembablah kau ni! Cepat sikit lap tingkap tu, ingat aku ni larat ke nak buat semua benda?!”
Dari luar lagi sudah boleh dengar bunyi riuh rendah di dalam rumah Ara. Penduduk kampung yang melintasi kawasan rumah Ara
hanya mampu menggeleng kepala, dah terbiasa dengan kekecohan yang berlaku.
Ara bercekak pinggang di ambang dapur sambil memerhati setiap laku Ella yang dengan mengelap satu persatu cermin tingkap di hujung ruang tamu. Kecil besar, kecil besar sahaja tubuh yang sedang memebelakanginya itu dia pandang.
Boleh pula dia buat berbual dengan labah- labah yang bergantungan di birai tingkap sambil menghapuskan sesawang. Menggelegak rasa darah melihat adegan tersebut.
“Ella! Kau tak dengar ke aku suruh kau buat kerja cepat?!” Memetir sekali lagi suara Ara sehingga ke luar laman rumah kampung tersebut.
“Ya, makcik. Ella minta maaf.” Lembut lagi mendayu Suhaila memohon maaf. Kain yang dia guna untuk lap tingkap dan juga bulu ayam yang dia guna untuk membuang sesawang dibawa bersama mendekati Ara.
❤️TEASER 2:
Ella tersenyum ceria. Lama beratur akhirnya tiba juga giliran dia. Melihat yang menjaga di situ berjantina berbeza, jemari Suhaila mula menggeletar. Sudah lama dia tidak berbual dengan lelaki meski perbualan ringkas sekali pun.
Lihatlah bagaimana hasilnya kerana acuan Ara yang terlalu mengongkong.
“Nak perisa apa?” Safwan menanti Suhaila menyatakan perisa yang dimahukan. Aneh dia melihat dahi gadis itu mula merenek dengan titisan peluh.
“Vanilla.” Tidak gagap tetapi sangat perlahan. Seperti berbisik. Suhaila pula menekur tanah. Dengan hiruk-pikuk suasana di situ, memang Safwan tak mampu mendengar suara emas itu.
“Apa?” Safwan kuatkan suaranya. Mahu Suhaila juga menguatkan suaranya.
Tak semena, bahu Suhaila terhinjut terkejut. Dia angkat kepala memandang Safwan yang sedia mendengar pesanannya. Lagilah nak pengsan dia rasa melihat wajah yang tampan itu.
❤️TEASER 3:
“In case awak tertanya-tanya nama saya, perkenalkan, saya Safwan.” Safwan memperkenalkan diri. Suhaila masih tidak menoleh memandang dia tetap sahaja Safwan pandang penuh minat.
“Awak dah tahu nama saya, sekarang saya nak tahu nama awak pula.” sambung Safwan lagi.
Suhaila bungkam. Dia tak berminat pun nak berkenalan dengan lelaki ini tapi dia bimbang kalau dia tidak perkenalkan diri, Safwan bakal menuduh dia sombong. Mesti nama Ara terpalit sama kerana tidak berjaya mendidik dia dengan baik.
“Panggil Ella.”
Safwan angguk kepala beberapa kali. “Tuan cantik, panggilan nama pun cantik. Alahai... boleh jatuh hati saya ni dekat awak.” Safwan cuba mengusik.
Saja dia mahu melihat penerimaan Suhaila dengan usikannya. Apa yang dia bayangkan, Suhaila akan menggeletis seperti cubaannya kepada gadis lain sebelum ini tetapi sangkaan Safwan jauh sekali meleset.