KISMIS: THROWBACK MOMENTS
❤️AUTHOR: CREDESIA
❤️PRICE: RM 2 (SEHINGGA 30 JUN SAHAJA)
❤️PAGES: 160
❤️SINOPSIS:
Ramai orang rasa kahwin muda ni sebab jenis gatal tapi tak ramai pula yang nampak kahwin muda ni sebab nak elakkan maksiat.
Lebih-lebih lagi mereka mampu. Kedua belah keluarga memberi restu jadi apa lagi yang menjadi masalahnya? Asalkan mereka bahagia.
Namun, adat perkahwinan biar pun telah terjalin lama atau baru sahaja terjalin, pasangan muda atau pun tua, kedua-duanya mesti akan ada masam manis rumah tangga.
Untuk rumah tangga Chempaka Amalynn dan Mikael Aqasyah, manis seperti kismis pada awalnya dah pahit seperti peria juga ada masanya. Tak sangka boleh ada kisah musuh dalam kelambu dan perebutan satu hati dalam kisah ini.
Agaknya… apa punca kisah pahit seperti peria itu sedangkan cerita ini manis seperti kismis?
❤️TEASER 1:
“Qasyah?” Chempaka menolak tangan Mikael dari terus menghalang cahaya.
“Latihan dah habis, saya nak balik tadi ternampak awak kat sini.” Mikael mengubah posisi duduknya agar menghadap Chempaka.
“Lama dah ke?” lantas Chempaka menggeledah bagnya mencari jam “5:00 pm.”
“Dalam setengah jam?” Chempaka mengemam bibir. Mikael dari tadi tersenyum melihat gelagat Chempaka.
“Mama mesti marah. Saya balik dulu.” Lekas-lekas Chempaka bangun sambil menarik bag sandangnya.
“Bunga!” Mikael menggalas bagnya lalu mengejar langkah Chempaka. “Balik jalan kaki ke?”soal mikael setelah dapat menyaingi langkah Chempaka.
“Iye.”
“Bunga, saya nak teman awak balik boleh?” Chempaka hanya buat tak tahu.
“Bunga...”
“Who’re you calling me that?” hampir sahaja bercantum kening Chempaka menyoal. Sudah banyak kali dia tegaskan kepada Mikael tentang panggilan itu. Bagi Chempaka, hanya suaminya sahaja yang boleh menggelarnya ‘bunga’. Naik berbuih mulut Chempaka menegur Mikael.
“Your future husband.” Selamba Mikael menjawab. Langkah Chempaka terus terhenti.
“Kau,” Chempaka menekan dada Mikael dengan jari telunjukkan beberapa kali. “Tengah propose aku ke?” kemudian jari telunjuknya dibawa menunjuk dadanya pula.
“Unproper way, yes. But after SPM, I’ll make a proper one.” Chempaka menjuihkan bibir bila Mikael melemparkan senyuman sampai ke telinga.
“Aku tak berminat untuk bercinta.” Perjalanan Chempaka diteruskan meninggalkan Mikael dibelakang.
Mikael melekapkan tapak tangan kanannya ke dada kiri. “Auch! Kena reject.” Kemudian dia terus berlari mengejar Chempaka yang sudah jauh di
hadapan.
“Laju sangatlah awak jalan.” Hujung tali bag Chempaka ditarik supaya langkah Chempaka dapat diperlahankan.
Chempaka tidak pula membantah dan hanya membiarkan. Bukan kerana dia sukakan kelakuan Mikael, tapi kerana dia bosan untuk mengugut lelaki itu.
“Mama marah nanti kalau balik lambat sangat. Asar pun saya tak solat lagi.”
“Mama tak marah punya kalau awak balik lambat bila nampak saya temankan.” Yakin sahaja Mikael.
Chempaka menjeling. “Entah-entah makin marah sebab ingat saya balik lambat untuk dating dengan awak.”
“Kalau macam tu, sebagai boyfriend yang protective saya akan back up awak dan mengaku salah saya.” Mikael mendabik dada.
“Apa salah awak?”
“Tak kejut awak tidur.” Chempaka hanya mendiamkan diri. Menyesal dengan keceluparan mulutnya melontarkan ayat seperti dia sudah mengaku Mikael sebagai teman lelakinya.
“Dah sampai.” Tali bag Chempaka dilepaskan.
“Jangan rindu saya.” Mikael melambai tangan.
“Any reason that I might miss you?”
“I’m you boyfriend!”
“Since when?”
“Your question just now showed me that you agreed to be my girl, bunga.” Hujung bibir Chempaka gigit.
“Siapa nak terima awak? Terima kasih teman saya balik. Bye!” Chempaka menjeling dan terus membuka pagar.
❤️TEASER 2:
“Apa kau merepek ni, Man?” Hijaz menyoal geram.
“Aku tak merepek. Aku cakap benda betul.”
“Masalahnya, masa bila kau tunjuk effort kau tu?”
Qayyum menyindir.
“Memanglah kau tak nampak. Sebab?” jari telunjuknya dihalakan kepada Mikael. “Sebab kau cuma nampak Qasyah yang buat banyak benda untuk
Chempaka.”
“Man,” Haiyan menyentuh bahu Aiman namun ditepis. “Kau tak boleh kata macam tu.”
“Kenapa?” sinis.
“Qasyah betul-betul tunjuk effort dia pun Chempaka boleh reject sampai saat terakhir dia nak disatukan. Kau setakat belanja air tu? Apalah sangat?
Nak dibandingkan dengan Qasyah, memang jauh jarak langit dengan bumi, Man. Chempaka pernah tolak dia sampai jatuh longkang pun dia still teman Chempaka balik. Tak nak kasi Chempaka jalan kaki sorang-sorang
balik rumah. Kau? Waktu sekolah, iyalah kau belanja itu ini. Waktu balik? Engkau dulu yang lesap.” Panjang lebar Haiyan membandingkan yang sedikit itu.
Kalau diikutkan, terlalu banyak usaha antara Mikael dengan Aiman yang boleh dibandingkan.
Itu belum dibandingkan lagi usaha Mikael sehingga mikael terpaksa menjalini waktu persekolahan dengan kemeja putih yang kotor dengan susu coklat.
“Aku-“
“Kali ni aku minta maaf, tapi Qasyah memang
selayaknya memiliki Chempaka berbanding kau."