KOD ETIKA KEGURUAN
Menjadi guru merupakan sebuah profesion yang disanjung tinggi oleh masyarakat. Guru sering dijadikan panutan sama ada oleh murid mahupun komuniti setempat. Profesion ini tidak harus dicalarkan oleh isu-isu etika mahupun moral guru. Guru dilihat sebagai pendidik, pembimbing dan pemberi contoh yang baik kepada masyarakat. Oleh itu, sikap yang baik dan terpuji harus terus dilakukan oleh guru. Kepercayaan terhadap harus harus dipegang dengan seutuhnya dan tidak harus dicalarkan dengan anasir negatif
ETIKA GURU
Etika adalah Sikap baik dan terpuji dikenali sebagai kod etika guru. Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang “betul‟ dan “salah‟ dalam kehidupan seharian manusia.
-Seseorang yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika). Kod etika memberi satu gambaran tentang imej sesuatu profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Kod etika menjadi 'alat kawalan' sosial yang digunakan untuk mengawal selia tingkah laku ahli sesuatu profesion.
KOD ETIKA MEMPUNYAI EMPAT ASPEK :
1) Pedoman
2) Disiplin Pencegahan
3) Memelihara Maruah
4) Pengelakkan Konflik
KOD ETIKA GURU SEBAGAI PENJAWAT AWAM
Guru sebagai pegawai perhidmatan awam tertakluk kepada Perintah- Perintah Am Kerajaan (Government General Orders) Bab D : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga
kementerian di tempat kerja massing-masing. Guru yang berkhidmat di bawah KPM tertakluk kepada etika kerja KPM dan Harus menerapkan nilai-nilai yang terkandung dalam setiap agensi. Kini dikenali sebagai Standard Guru Malaysia
ISU KESANTUNAN GURU
- Kesantunan adalah salah satu daripada elemen etika yang baik berdasarkan prinsip etika yang digariskan oleh perkhidmatan awam.
- Perlakuan yang baik (Good Behaviour)
- Prinsip kedua, guru mesti melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai hasil berkualiti samping memperbaiki imej profesion. Ia juga mestilah menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa, sambil memberi layanan yang baik kepada pelanggan.
- Sebuah tingkah laku yang dapat membina hubungan antara satu sama lain.
- Merujuk kepada gaya pertuturan, adab dan sikap individu dengan individu yang lain
- Menurut Noriati (2004) , kemunculan sebuah sikap atau gaya bahasa yang muncul dari hati, diterjemahkan melalui tingkah laku, gaya bahasa dan memek muka
- Memiliki hubungan dua hala :
1) Guru dengan Murid
2) Guru dengan Rakan Sejawat
3) Guru dengan Pentadbir
4) Guru dengan Masyarakat (Ibu bapa dan Komuniti)
- Guru tidak bertetika dalam melaksanakan profesion keguruan
- Tidak menjaga bahasa dan kesantunan
CONTOH ISU :
- “Dendam punca dua guru wanita bergaduh” seperti dalam Berita Harian pada 21 Februari 2005. Berdasarkan berita tersebut, pergaduhan membabitkan dua orang guru wanita yang dipercayai berpunca daripada dendam lama. Pergaduhan berlaku di hadapan kira-kira 800 orang pelajar dalam satu perhimpunan mingguan sekolah berkenaan. Mereka dikatakan bertumbuk dan saling bertarik rambut, sebelum dileraikan oleh ibu bapa murid yang kebetulan turut berada di situ selepas menghantar anak mereka ke sekolah.