Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik., tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993) .


Guru pada masa kini seringkali diperbandingkan dengan guru sebelum perang maksudnya sebelum merdeka. Guru pada masa dahulu di katakan amat dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru. Pada ketika itu, masyarakat amat menyanjungi serta menerima kepimpinan mereka. Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi disebabkan ketika itu pegawai lain yang ada pada masa itu, kecil bilangannya. Kaum guru merupakan sebilangan kelompok yang diiktiraf sebagai pemimpin di kampungkampung. Dalam situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanakkanak, pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat.


Guru pada zaman dahulu juga sanggup berhijrah dan merantau ke negeri lain untuk menyampaikan ilmu ke seluruh negara (Omar, 1991). Selaras dengan perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara dalam setiap bidang kerjaya, profesion perguruan juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang pesat dalam mengikut arus perubahan. Kerjaya yang pada suatu ketika dahulu menjadi sanjungan, tetapi kini teIah terhakis kehormatannya lantaran tanggapan masyarakat dan pihak lain yang menilai kerjaya guru seperti kerjaya lain. Dalarn menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu menjalankan berpuluh peranan lain sarna ada yang berkaitan dengan pendidikan atau sebaliknya. Prestij profesion perguruan amat rendah dan kurang mendapat sambutan di mata masyarakat pada hari ini. Ini membayangkan betapa masyarakat kurang memberi penghormatan sewajarnya terhadap sumbangan guru dalam masyarakat pada hari ini. Hal ini berlaku kerana pada hari ini terlalu banyak profesion lain yang telah membayangi peranan seorang guru